Aksi biadab: Fahmi minta penjelasan penganjur Good Vibes Festival 2023

Bernama
Julai 22, 2023 01:05 MYT
FAHMI: Ini satu tindakan yang sangat biadab. Saya telah panggil penganjur untuk beri penjelasan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Penganjur Good Vibes Festival 2023 telah diminta memberi penjelasan susulan tindakan kumpulan The 1975 yang membuat aksi kurang sopan dalam konsert yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang, malam tadi.
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil dalam perkongsian di Twitter turut memaklumkan akan berhubung dengan pihak berkuasa untuk mendapatkan laporan penuh insiden itu.
"Ini satu tindakan yang sangat biadab. Saya telah panggil penganjur untuk beri penjelasan esok, dan akan berhubung dengan pihak berkuasa untuk dapatkan laporan penuh," katanya.
Media melaporkan persembahan The 1975 di Good Vibes Festival 2023 dihentikan selepas vokalisnya Matty Healy menunjukkan pelbagai aksi kurang sopan di hadapan peminat.
Beliau didakwa memegang botol arak ketika berada di atas pentas selain membuat ucapan menghina undang-undang Malaysia berkaitan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT).

Ini satu tindakan yang sangat biadab. Saya telah panggil penganjur untuk beri penjelasan esok, dan akan berhubung dengan pihak berkuasa untuk dapatkan laporan penuh. https://t.co/f4yf4s2XQP

— Fahmi Fadzil (@fahmi_fadzil) July 21, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
-- BERNAMA
#Fahmi Fadzil #konsert #Good Vibes Festival 2023 #LGBT