MALAYSIA
Aksi 'drift' di parkir Stadium Batu Kawan, pempengaruh TikTok ditahan
Lelaki berusia 26 tahun itu ditahan oleh sepasukan polis Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah SPS pada 12.20 tengah malam tadi. - Gambar hiasan
NIBONG TEBAL: Polis menahan seorang pempengaruh TikTok kerana disyaki memandu secara berbahaya dengan melakukan aksi "drift" di kawasan tempat letak kenderaan Stadium Batu Kawan, di sini tengah malam tadi.
Ringkasan AI
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) Supt Jay January Siowou berkata lelaki berusia 26 tahun itu ditahan oleh sepasukan polis Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah SPS pada 12.20 tengah malam tadi.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu secara melulu dan membahayakan keselamatan orang lain dan semakan mendapati lelaki tersebut pernah ditahan di bawah seksyen sama sebelum ini.
"Tindakan tidak bertanggungjawab itu bukan sahaja melanggar undang-undang malah turut membahayakan keselamatan diri sendiri dan pengguna jalan raya yang lain," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata pihak polis menasihatkan orang ramai agar sentiasa mematuhi undang-undang jalan raya dan tidak melakukan sebarang aksi berbahaya yang boleh mengundang risiko kemalangan.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Seorang pempengaruh TikTok berusia 26 tahun ditahan polis kerana disyaki memandu secara berbahaya dengan melakukan aksi "drift" di tempat letak kenderaan Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang.
- Suspek ditahan pada jam 12.20 tengah malam oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Selatan; semakan mendapati beliau pernah ditahan di bawah seksyen sama sebelum ini.
- Kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan polis menasihatkan orang ramai agar tidak melakukan aksi berbahaya yang boleh membahayakan keselamatan diri dan pengguna jalan raya lain.