awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MPC perkukuh kerjasama kerajaan, industri tangani isu pasaran buruh
MOTAC cadang MAHB cari kaedah pastikan harga barangan, makanan di lapangan terbang berpatutan
SEAFIC lakar hala tuju rantau ini bagi dekad akan datang - Tengku Zafrul
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aksi 'Superman', langgar lampu merah, remaja lelaki maut rempuh kereta

Bernama
Bernama
04/06/2023
11:06 MYT
Aksi 'Superman', langgar lampu merah, remaja lelaki maut rempuh kereta
Video kemalangan itu turut tular di media sosial. - Gambar/ Media sosial
GEORGE TOWN: Seorang remaja lelaki maut selepas motosikal ditungganginya melanggar lampu isyarat merah dan merempuh sebuah kereta di Lebuhraya Tun Dr. Lim Choong Eu berhampiran Astaka Seagate di Bayan Lepas, dekat sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Supt Kamarul Rizal Jenal, berkata dalam kejadian jam 4.30 pagi itu, remaja lelaki berusia 18 tahun itu yang menunggang motosikal jenis Yamaha RXZ, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederan parah manakala pemandu kereta Proton Persona iaitu remaja lelaki berusia 18 tahun cedera di tangan kiri.
Katanya, hasil siasatan mendapati mangsa dari arah Batu Maung telah melanggar lampu isyarat merah sebelum merempuh kereta yang sedang membelok ke kanan di laluan berkenaan.
"Kemalangan itu berlaku ketika cuaca hujan dan pihak polis sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan tersebut serta saksi bebas yang melihat kemalangan tersebut bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.
Menurut Kamarul Rizal mayat mangsa dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk proses bedah siasat dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Video kemalangan itu turut tular di media sosial dan berdasarkan video berdurasi 16 saat tersebut, mangsa dilihat menunggang motosikal dalam keadaan berbahaya dengan melakukan aksi 'Superman' dan sedang bersaing bersama seorang rakannya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#lumba haram
#aksi superman
#remaja maut
#pulau pinang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan