KUALA LUMPUR: Pemain industri pembinaan meminta kerajaan menangguhkan selama setahun penguatkuasaan pindaan terbaharu Akta Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446).
Dalam satu kenyataan bersama hari ini, Master Builders Association Malaysia dan lima persatuan kontraktor lain berkata mereka memerlukan masa untuk mematuhi pindaan tersebut disebabkan kekangan kewangan akibat peningkatan kos pembinaan selain pertambahan kos pematuhan prosedur operasi standard COVID-19.
"Industri memerlukan tempoh yang mencukupi untuk pulih. Kami memuji inisiatif untuk menyediakan tempat tinggal yang kondusif kepada pekerja, namun penguatkuasaan pindaan Akta 446 itu yang diwartakan pada 17 Feb 2021 sebagai sebahagian Ordinan Darurat itu dilakukan pada masa yang tidak kena, mengambil kira keadaan ekonomi semasa," kata mereka.
Menurut kenyataan itu, penguatkuasaan Akta 446 yang melibatkan pelbagai agensi tersebut juga boleh menimbulkan masalah lain kepada kontraktor kerana ada kemungkinan berlaku salah tafsiran terhadap peruntukan undang-undang berkenaan disebabkan kurang pemahaman dalam kalangan penguat kuasa.
Lima persatuan tersebut ialah Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM), Persatuan Kontraktor Bumiputera Malaysia (PKBM), Persatuan Kontraktor India Malaysia (PKIM), Guild of Bumiputra Contractors Wibawa (GBC Wibawa) dan United Malaysia Contractors Association (UMCA).
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 25 2021
Pemain industri berkata memerlukan masa untuk mematuhi pindaan tersebut disebabkan kekangan kewangan akibat peningkatan kos. - Gambar fail/Bernama
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Pemaju diminta tingkat guna tenaga alternatif, utama biodiversiti - TPM Fadillah
Kerajaan meminta pihak berkepentingan, terutama pemaju perumahan untuk beralih kepada tenaga alternatif seperti solar dan mengutamakan kepentingan biodiversiti.
Simpanan Tabung Haji habis, rumah tak nampak bayang
Dia membeli rumah berharga lebih RM400,000 pada tahun 2016 itu kerana ingin memiliki sebuah kediaman lebih selesa untuk keluarganya.
Rujuk agensi penguatkuasaan sebelum mula proses pembinaan, nasihat Anthony kepada pemaju
Kerosakan struktur dan landasan stesen LRT berhampiran Stesen Bandaraya di ibu negara harus menjadi pengajaran.
Kerajaan Selangor senarai hitam pemaju tidak patuhi syarat sedia kuota Bumiputera - Exco
Pemaju akan disenarai hitam daripada membuat sebarang permohonan pelepasan kuota Bumiputera di LPHS dan dikenakan denda yang lebih berat.
Pemaju disaran bina lebih banyak perumahan berpendapatan rendah di bandar - PM
Golongan berpendepatan rendah tidak boleh disisihkan daripada arus pembangunan, tegas Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Lebih 100,000 rumah mampu milik Johor belum dibina sejak 25 tahun lalu
Kegagalan pembinaan tersebut perlu segera diatasi dengan strategi dan pemantauan yang berkesan.
Roboh surau: Sultan Nazrin titah tangguh sehingga surau baharu siap dibina
Isu Surau Al-Karamah di Kampung Sri Keramat, Pasir Puteh di sini mendapat perhatian Sultan Perak Sultan Nazrin Shah.
KPKT akan pinda Akta 118, bantu pembeli projek perumahan terbengkalai
Secara dasar, pindaan itu dirancang untuk mengawal dari berlakunya projek terbengkalai sekaligus membela nasib pembeli rumah.
Insiden kren lebuh raya SUKE: Kementerian arah kerja pembinaan di Alam Damai dihentikan
Kementerian turut mengarahkan pemaju mengemukakan laporan penuh berhubung kejadian dan pembinaan.
Akta 446: Industri pembinaan mohon tangguh setahun
Pemain industri pembinaan meminta kerajaan menangguhkan selama setahun penguatkuasaan pindaan terbaharu Akta Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446).