awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengguna telefon bimbit Bangladesh melebihi 187 juta
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Polis tahan warga emas acu "pistol" di lebuh raya
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Akta 672: SWCorp Johor laksana operasi menyeluruh tidak kira status warganegara

Bernama
Bernama
11/01/2026
14:30 MYT
Akta 672: SWCorp Johor laksana operasi menyeluruh tidak kira status warganegara
Zainal Fitri berkata pihaknya tidak akan berkompromi terhadap mana-mana individu yang dikesan melakukan kesalahan membuang sampah di tempat awam. - Gambar SWcorp Johor
JOHOR BAHRU: Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Johor melaksanakan operasi secara rawak dan menyeluruh tanpa mengira status kewarganegaraan, susulan penguatkuasaan Perintah Khidmat Masyarakat di bawah Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 [Akta 672].

Ringkasan AI
  • SWCorp Johor melaksanakan operasi penguatkuasaan tanpa mengira status kewarganegaraan, menurut Perintah Khidmat Masyarakat di bawah Akta 672.
  • Pengarah SWCorp Johor menegaskan prosedur penguatkuasaan sama terhadap warganegara dan bukan warganegara, namun menghadapi cabaran seperti urusan serahan saman terhadap warga asing.
  • SWCorp Johor menetapkan sasaran untuk mengurangkan kes pembuangan sampah haram dalam tiga tahun dengan pendekatan penguatkuasaan dan kesedaran masyarakat.

Pengarah SWCorp Johor Zainal Fitri Ahmad berkata pihaknya tidak akan berkompromi terhadap mana-mana individu yang dikesan melakukan kesalahan membuang sampah di tempat awam.
Beliau berkata prosedur penguatkuasaan terhadap warganegara dan bukan warganegara adalah sama, namun terdapat cabaran dalam mengendalikan kes warga asing seperti urusan serahan saman serta memastikan kehadiran orang kena saman (OKS) ke mahkamah, bagi tujuan pendakwaan.
"Justeru, kita sentiasa bekerjasama erat dengan pihak berkuasa tempatan (PBT), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) untuk memastikan kedaulatan undang-undang kebersihan negara sentiasa dihormati semua pihak.
"Selain itu, kita turut memperkasakan langkah pencegahan melalui strategi hebahan agresif dan penguatkuasaan pendidikan berterusan termasuk kempen kesedaran berimpak tinggi, kolaborasi strategik bersama dengan PBT dan komuniti, serta pendidikan penguatkuasaan di lapangan, " katanya kepada Bernama hari ini.
Pada 5 Jan lepas, lima individu termasuk tiga warga Singapura dikenakan notis kompaun di sini kerana membuang sampah di tempat awam.
Perintah Khidmat Masyarakat di bawah Akta 672 berkuat kuasa pada 1 Jan tahun ini sebagai hukuman bagi menangani isu pembuangan sampah kecil di tempat awam dan hukuman itu dilaksanakan menerusi pindaan Akta 672, yang telah diluluskan Dewan Rakyat pada Ogos 2025 dan dibentangkan di Dewan Negara pada bulan sama.
Zainal Fitri berkata perbadanan itu antara lain menilai keberkesanan operasi melalui peningkatan kadar tangkapan serta-merta (on the spot) di lapangan.
"Pendekatan secara penyamaran (undercover) merupakan mekanisme paling efektif untuk menangkap pesalah yang cenderung membuang sampah kecil secara terang-terangan di tempat awam.
"Keberkesanan ini diukur apabila 'elemen kejutan' kehadiran penguat kuasa berpakaian preman yang membolehkan tindakan segera diambil, sekali gus mengubah sikap masyarakat untuk tidak memandang remeh akan perbuatan tersebut," katanya.
Beliau berkata sasaran utama SWCorp bagi mengurangkan jumlah kes pembuangan sampah haram dalam tempoh tiga tahun ini ialah memastikan tempat awam bebas sampah, terutama sampah kecil yang boleh menjejaskan imej negara, selain masyarakat mengamalkan budaya kebersihan sebagai tanggungjawab secara konsisten.
"Segala usaha ini mendukung aspirasi Bandar Bersih Johor 2030 ke arah Malaysia yang Bersih, Indah dan Sejahtera," katanya.
Zainal Fitri berkata sebanyak 39 Notis Pemberitahuan Kesalahan (NPK) telah dikeluarkan kepada individu yang dikesan melakukan kesalahan secara terbuka setakat ini, berikutan penguatkuasaan Akta 672.
"Susulan itu, Izin Dakwa telah diperoleh daripada Timbalan Pendakwa Raya pada 7 Jan, manakala pendaftaran kes di mahkamah telah diselesaikan dan kini sedang menunggu penetapan tarikh sebutan kes," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#PDRM
#warga asing
#Dewan Negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan