awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Akta Antiberita Tidak Benar gagal jadi 'hantu'

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
05/07/2018
11:32 MYT
Akta Antiberita Tidak Benar gagal jadi 'hantu'
Masjaliza berpendapat kewujudan akta itu membuatkan rakyat Malaysia lebih kreatif mencari alternatif dalam berkongsi berita. - Foto Astro AWANI
Akta Antiberita Tidak Benar 2018 yang diwartakan kerajaan sebelum ini pada April lalu, dilihat berpaksikan satu tujuan, iaitu menakutkan pihak-pihak tertentu.
Pengarah Eksekutif WATAN, Masjaliza Hamzah berkata, tindakan itu bagaimanapun tidak memberi kesan seperti yang diharapkan kerana faktor keberanian dan kebangkitan rakyat.
Bercakap dalam sesi forum Democratic Transition: Impacts on South East Asia yang berlangsung pada Rabu, Masjaliza yang merupakan orang penting dalam kempen pilihanr aya Ahli Parlimen Petaling Jaya, Maria Chin Abdullah, berpendapat, akta itu membuatkan rakyat Malaysia lebih kreatif dalam mencari ruang untuk menyebarkan sebarang berita dan tidak hanya bergantung kepada media sosial.
"Selepas akta itu diluluskan, kita dapat lihat terdapat pengurangan dalam jumlah perkongsian status berbaur politik di laman sosial.
"Situasi itu merbahaya kerana kita tidak dapat meneka apa yang difikirkan netizen berhubung sesuatu isu. Dari situ, berlaku kesilapan dalam mentafsir sokongan dan penolakan rakyat terhadap pihak kerajaan atau pembangkang ketika itu," katanya.
Dalam masa yang sama, ia membangkitkan rasa tidak puas hati rakyat yang sekaligus membawa kepada kebangkitan mereka untuk tidak merasa takut terhadap tindakan yang boleh dikenakan kepada mereka.
"Akta itu seolah-olah cuba menjadi 'hantu' untuk menakutkan orang ramai. Tetapi yang berlaku sebaliknya apabila rakyat tidak merasa takut.
"Ketika menemani Maria Chin dalam kempennya, saya berpeluang berjumpa orang ramai dan majoriti daripada mereka langsung tidak takut untuk bersuara serta meluahkan sokongan kepada mana-mana calon," tambahnya.
Forum diskusi anjuran IMAN Research itu berlangsung selama dua jam dan disertai empat orang panel.
Ia bertujuan membincangkan situasi politik tempatan dan serantau, pasca Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Mei lalu.
Topic Berkaitan
#Akta Antiberita Tidak Benar 2018
#Democratic Transition Impacts on South East Asia
#forum
#kerajaan
#laman sosial
#Maria Chin Abdullah
#Masjaliza Hamzah
#media sosial
#pembangkang
#pilihan raya
#pilihan raya umum
#PRU14
#WATAN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan