awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
Jumlah mangsa banjir Pahang menurun, 79 berada di PPS
Ringgit cecah paras tertinggi dalam lima tahun berbanding dolar AS pada awal dagangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Akta baharu penyalahgunaan dadah bolehkan penagih selain dadah jalani rawatan di bawah AADK

Bernama
Bernama
19/05/2023
22:15 MYT
Akta baharu penyalahgunaan dadah bolehkan penagih selain dadah jalani rawatan di bawah AADK
Menurut Sutekno dengan adanya akta baharu itu kelak, penagih selain dadah seperti penagih ketum boleh disenaraikan di bawah AADK untuk dirawat di bawah agensi itu. - Foto BERNAMA
KAJANG: Akta baharu berkaitan penyalahgunaan dadah dan bahan terlarang yang bakal digubal, akan membolehkan penagih selain dadah menjalani rawatan dan pemulihan di bawah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), kata Ketua Pengarah AADK Sutekno Ahmad Belon.
Beliau berkata pada masa ini rawatan dan pemulihan penagih selain dadah seperti penagihan daun ketum bukan di bawah bidang kuasa AADK.
"Yang kita titik berat sekarang ini adalah untuk tambah baik akses kita dalam memulihkan penagih, contohnya untuk ketum, siapa yang menagih," katanya katanya kepada pemberita pada Majlis Hari Raya AADK di Ibu Pejabat AADK di sini, pada Jumaat.
Menurut Sutekno dengan adanya akta baharu itu kelak, penagih selain dadah seperti penagih ketum boleh disenaraikan di bawah AADK untuk dirawat di bawah agensi itu.
Isnin lepas, media melaporkan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memaklumkan
Draf rang undang-undang bagi mewujudkan akta baharu berkaitan penyalahgunaan dadah dan bahan terlarang akan dibawa ke mesyuarat Jemaah Menteri pada bulan Julai ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#daun ketum
#Dadah
#AADK
#bahan terlarang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan