awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Akta Hasutan: PDRM bertindak atas peruntukan sedia ada

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
10/01/2019
10:36 MYT
Akta Hasutan: PDRM bertindak atas peruntukan sedia ada
Menurut Noor Rashid, sudah menjadi tanggungjawab polis bagi memastikan sebarang kenyataan yang dikeluarkan termasuk di media sosial dikawal sebelum ini menggugat keamanan negara. - Gambar fail
Polis Diraja Malaysia (PDRM) terpaksa mengambil langkah berlandaskan undang-undang sedia ada bagi mengelakkan keselamatan negara terancam.
Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata penahanan beberapa individu yang menghina institusi raja adalah seiring peruntukan di bawah Akta Hasutan.
Jelasnya, menjadi tanggungjawab polis bagi memastikan sebarang kenyataan yang dikeluarkan termasuk di media sosial dikawal sebelum ini menggugat keamanan negara.
"Antara tanggungjawab polis adalah mengekalkan keselamatan negara. Justeru, apa juga insiden atau perkara-perkara yang dilakukan di media sosial, kalau dibiarkan berterusan boleh mengancam keselamatan negara.
"Maka kami mempunyai kuasa berdasarkan undang-undang untuk menghentikan ia daripada berlaku, itu yang kami lakukan.
"Kita hendak pastikan bahawa tidak ada sesiapa melakukan sesuatu yang boleh mendatangkan musibah dan boleh menjejaskan keselamatan awam," katanya pada sidang media di Maktab PDRM di sini hari ini.
Beliau sebelum itu menghadiri 'Forum Kes Penderaan Kanak-kanak Semakin Meningkat: Adakah Undang-undang Kurang Berkesan?' anjuran Mahasiswa Sarjana Sains Sosial (Pengajian Kepolisian) UKM-PDRM.
Tambahnya, dalam dunia moden ini, selain ada pihak yang menggunakan media sosial secara bertanggungjawab, ada juga yang menyalahgunakan medium yang wujud.
Justeru katanya, setiap pengguna media sosial perlu lebih bertanggungjawab untuk tidak menularkan kenyataan-kenyataan yang mampu mengancam keselamatan negara.
Beliau mengulas berkenaan penahanan beberapa individu di bawah Akta Hasutan yang didakwa menghina institusi raja negara ini.
Topic Berkaitan
#akta hasutan
#institusi raja
#keselamatan
#Ketua Polis Negara
#media sosial
#Noor Rashid
#PDRM
#Polis Diraja Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan