awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Akta Hasutan: Pinda tafsiran hasutan supaya lebih jelas - Pakar undang-undang

Irfan Faruqi
Irfan Faruqi
18/07/2023
13:20 MYT
Akta Hasutan: Pinda tafsiran hasutan supaya lebih jelas - Pakar undang-undang
Wan Ahmad Fauzi berkata Akta Hasutan tidak mampu menyelesaikan pertikaian dan permasalahan yang berbangkit dalam konteks semasa. - foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Sekiranya Akta Hasutan tidak mahu dimansuhkan, maka definisi hasutan dalam akta tersebut perlu diberikan takrifan lebih jelas.
Pakar undang-undang, Datuk Prof. Madya Wan Ahmad Fauzi Wan Husain berkata, ketika ini takrifan yang terlalu longgar menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat, bahkan pihak mahkamah.
“Sekiranya kita hendak mengekalkan Akta Hasutan, kita perlu perihalkan supaya jelas perkara ini. Adakah perkara itu menghasut, menimbulkan kebencian? Apabila kita terlalu umum, ia akan menimbulkan penafsiran yang mengelirukan.
“Kemudian apabila dibawa ke mahkamah, sukar untuk membuktikan niat. Sebab kesalahan jenayah bukan sahaja perbuatan bersifat jenayah, bahkan perlu bermotifkan jenayah. Tidak timbul isu prosiding jenayah ini panjang atau pendek, tetapi kepada pembuktian sejauhmana perkara yang dilakukan itu terjumlah dalam peruntukan undang-undang sedia ada,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Agenda AWANI pada Selasa.
Akta Hasutan: Pinda tafsiran ‘hasutan’ supaya lebih jelas - Pakar Undang-undang
Walau bagaimanapun, Wan Ahmad Fauzi menjelaskan bahawa matlamat asal Akta Hasutan diperkenalkan adalah untuk membendung ancaman Komunis, dan itu tidak lagi wujud ketika ini. Bahkan ancaman terhadap kedaulatan raja-raja Melayu dan kedudukan orang Melayu juga tidak lagi wujud.
Oleh itu, beliau berpendapatan meskipun undang-undang ini masih relevan, tetapi secara keseluruhan ia tidak mampu menyelesaikan pertikaian dan permasalahan yang berbangkit dalam konteks semasa.
“Isu yang ada ketika itu adalah untuk memastikan penerimaan rakyat ketika itu yang menghadapi ancaman Komunis yang menggugat kestabilan negara, isu ketidaksetiaan dan orang yang tidak bersetuju dengan kedudukan orang Melayu.
“Kalau kita lihat isu ketika itu dari sudut kedaulatan Yang di-Pertuan Agong, isu ketaatsetiaan begitu tinggi dan jelas. Tapi pada hari ini kita tidak berhadapan dengan isu kesalahan berkenaan yang ketara,” katanya lagi.
Topic Berkaitan
#akta hasutan
#definisi
#Wan Ahmad Fauzi Wan Husain
#mahkamah
#taktifan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan