KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang merangka Akta Juruukur Bangunan bagi mengawal selia profesion dan amalan juruukur bangunan serta tadbir urus yang baik berkaitan industri pembinaan, kata Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad.
Nik Nazmi berkata akta itu masih di peringkat perbincangan bersama pemain industri untuk diperhalusi.
"Akta ini belum ada lagi tetapi bidang itu sudah ada orang yang buat kerja tetapi tiada akta.
"Setakat ini ia masih dalam perbincangan konsep, skop dan sebagainya sebab building surveyor (juruukur bangunan) itu ada, tetapi dia tidak ada satu akta yang govern (menyelia) bidang itu secara spesifik," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Kongres Juruukur Antarabangsa 2024 yang dihadiri kira-kira 200 pemain industri pembinaan di sini hari ini.
Nik Nazmi berkata sudah tiba masanya negara mempunyai akta berkenaan berdasarkan keperluan dan keadaan semasa dengan mengambil contoh pengalaman banyak negara lain yang lebih ke hadapan dalam tadbir urus bidang juruukur bangunan.
"Kalau kita tengok di banyak negara maju, mereka sudah ada satu governance (tadbir urus) yang jelas dalam soal building surveyor, jadi kita pun menuju ke arah itu dan maknanya kalau betul mahukan governance yang terbaik, kita kena wujudkan akta," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 06 2024
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad (tengah) ketika melawat reruai pameran pada Majlis Kongres Juruukur Antarabangsa Ke-26 di ibu negara hari ini. - Foto Bernama
Faisal Halim antara 94 penerima Anugerah Sultan Selangor
Pemain sayap Selangor FC, Faisal Halim menerima pingat darjah kebesaran Ahli-Sultan Sharafuddin Idris Shah sempena ulang tahun hari keputeraan ke-79 Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Rabu.
Faisal atau dikenali dengan panggilan Mickey antara 94 penerima darjah dan bintang kebesaran yang berlangsung di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang.
Faisal atau dikenali dengan panggilan Mickey antara 94 penerima darjah dan bintang kebesaran yang berlangsung di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang.
Banjir surut, penduduk pulang, tetapi siap sedia kembali ke PPS
Situasi banjir di Terengganu yang mula surut ketika ini membolehkan penduduk terjejas pulang ke kediaman masing-masing, namun mereka sentiasa siap sedia untuk kembali semula ke PPS dalam tempoh Monsun Timur Laut ini.
MTDC perkukuh teknologi tempatan dengan pelancaran dana MySTI
Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) melancarkan Dana Uji Beli (DUB) dan Dana Mudah Cara (DMM) di bawah program MySTI, dalam usaha memperkukuhkan inovasi dan pengkomersialan teknologi tempatan.
Situasi di Semenanjung Gaza semakin merosot - Pegawai PBB
Penyelaras Kanan PBB berkata, sejak April lepas UNSC telah diingatkan mengenai risiko keruntuhan undang-undang dan ketenteraman.
Mahkamah benarkan kerajaan halang PetroSaudi guna dana RM1.61 bilion
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Rabu membenarkan permohonan kerajaan untuk menghalang PetroSaudi International Ltd (PSI) dan pengarahnya, Tarek Obaid, daripada menggunakan dana sebanyak AS$340 juta (RM1.61 bilion) yang dikaitkan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Hakim Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh membenarkan perintah larangan tersebut selepas pihak pendakwa raya berjaya membuktikan melalui afidavit bahawa dana AS$340 juta itu merupakan subjek atau bukti dalam kesalahan pengubahan wang haram.
Hakim Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh membenarkan perintah larangan tersebut selepas pihak pendakwa raya berjaya membuktikan melalui afidavit bahawa dana AS$340 juta itu merupakan subjek atau bukti dalam kesalahan pengubahan wang haram.
Kerajaan komited perkasa Ekonomi Perak, tangani cabaran peningkatan populasi menua - Amir Hamzah
Kerajaan komited memperkasakan Ekonomi Perak (Silver Economy) dalam menghadapi cabaran populasi lanjut usia yang semakin meningkat.
Selangor peruntuk hampir RM2 bilion tangani banjir - MB
Kerajaan Selangor menerima teguran Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang menzahirkan keprihatinan berhubung tahap kebersihan di Bandaraya Diraja Klang serta situasi banjir kilat di negeri itu.
Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari, pihaknya telah menubuhkan pasukan petugas khas (task force) untuk menyegerakan usaha pelan mitigasi banjir bagi mengelakkan sebarang kelewatan proses.
Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari, pihaknya telah menubuhkan pasukan petugas khas (task force) untuk menyegerakan usaha pelan mitigasi banjir bagi mengelakkan sebarang kelewatan proses.
Dakwaan hospital swasta tahan jenazah bayi dua minggu disiasat
Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi Cawangan Kawalan Amalan Perubatan Swasta CKAPS telah memulakan siasatan terhadap dakwaan hospital swasta menahan selama dua minggu jenazah bayi hanya kerana ibu bapa gagal menjelaskan bil hospital lebih awal.
MARA berjaya turunkan peratusan pinjaman tidak berbayar - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata antara langkah diambil termasuk tindakan undang-undang dan penyitaan aset peminjam.
#AWANIRingkas 11 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 11 Disember 2024
1️⃣ Zuraida diarah bayar hanya RM100,000 kepada PKR
2️⃣ Lelaki rempuh kenderaan Kastam, terjun keluar MPV
3️⃣ Pelancong warga emas China dilapor hilang
#awaniringkas
1️⃣ Zuraida diarah bayar hanya RM100,000 kepada PKR
2️⃣ Lelaki rempuh kenderaan Kastam, terjun keluar MPV
3️⃣ Pelancong warga emas China dilapor hilang
#awaniringkas
Akta Juruukur Bangunan sedang dirangka - Nik Nazmi
Kerajaan sedang merangka Akta Juruukur Bangunan bagi mengawal selia profesion dan amalan juruukur bangunan serta tadbir urus yang baik berkaitan industri pembinaan.