Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan meminda Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 kepada Akta Penyalahgunaan Dadah dan Bahan bagi menempatkan penagih dadah di pusat pemulihan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).
Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ismail Mohamed Said berkata langkah itu yang akan dibuat dalam masa terdekat juga dilihat mampu mengurangkan kesesakan di penjara di seluruh negara yang turut menempatkan banduan penyalahgunaan dadah.
"... sekarang kami dalam peringkat kajian untuk kami perincikan (pindaan)," katanya pada sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Ismail berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Nurul Izzah Anwar (PH-Permatang Pauh) mengenai langkah kerajaan dalam memastikan penagih dadah tidak dipenjarakan sebaliknya ditempatkan di Pusat Rawatan dan Pemulihan (CCRC) bagi tujuan pemulihan yang lebih berkesan.
Menjawab soalan asal Datuk Wilson Ugak Kumbong (GPS-Hulu Rajang) mengenai bahagian di Sarawak yang mempunyai tangkapan penyalahgunaan dadah tertinggi, Ismail berkata berdasarkan statistik suku pertama tahun ini, Kuching mencatatkan angka tertinggi iaitu 1,499 orang.
"Berdasarkan maklumat terkumpul Polis Diraja Malaysia, AADK, Kementerian Kesihatan dan pusat pemulihan dadah persendirian, pada suku pertama 2020, Sarawak mencatatkan 3,998 orang dengan Kuching merekodkan tangkapan tertinggi iaitu 1,499 orang.
"Mengikut tangkapan tahunan, pada 2018 seramai 4,762 orang ditangkap dan pada 2019 seramai 6,774 orang penagih ditahan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 25 2020
Nurul Izzah Anwar bertanya tentang langkah kerajaan dalam memastikan penagih dadah tidak dipenjarakan sebaliknya ditempatkan di Pusat Rawatan dan Pemulihan (CCRC) bagi tujuan pemulihan yang lebih berkesan. - Gambar hiasan
PRK Kuala Kubu Baharu: Bakal calon disaran isi borang, buat semakan awal - SPR
Bakal calon yang ingin bertanding dalam PRK Kuala Kubu Baharu disaran mengisi borang dan membuat semakan awal.
Nahas helikopter Lumut: KPWKM beri bantuan RM3,000 kepada keluarga mangsa
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sumbang bantuan RM3,000 kepada waris mangsa nahas helikopter yang terhempas di Lumut.
Warga emas dibaling sambal tumis sebelum disamun
Mangsa cuba menahan kesakitan yang dialami dan disebabkan hentakan itu dia mengalami kecederaan di bahagian kepala.
Kerajaan akan umum butiran mekanisme rasionalisasi subsidi - Rafizi
Kerajaan akan memaklumkan butiran mengenai pelan rasionalisasi subsidi termasuk kriteria dan implikasinya tidak lama lagi.
[TERKINI] Tun Mahathir antara individu disiasat isu pengisytiharan harta - SPRM
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki berkata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat berhubung isu pengisytiharan harta.
10 wira negara korban helikopter terhempas selamat bersemadi
Proses pengebumian dijalankan selepas semua jenazah selesai menjalani proses bedah siasat di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh pada jam 2.20 petang pada Rabu.
Inflasi Malaysia kekal 1.8 peratus pada Mac 2024 - Perangkaan
Inflasi Malaysia kekal 1.8 peratus pada Mac 2024 dengan mata indeks mencatatkan 132.2 berbanding 129.9 pada bulan yang sama tahun sebelumnya.
Tangisan anak bongsu Noor Rahiza undang sebak
Tangisan anak bongsu Bintara Muda TNL Noor Rahiza Anuar yang berusia enam tahun ketika melihat jenazah ibunya dikebumikan malam tadi mengundang rasa sebak sehingga membuatkan ramai hadirin turut menangis.
Akaun Fleksibel KWSP: Pengeluaran tahun pertama dianggarkan cecah RM25 bilion
Akaun 3 KWSP yang menjadi tumpuan ramai, dikenali sebagai Akaun Fleksibel dan merupakan pilihan bagi sejumlah 16.07 juta ahli.
Lelaki ragut wanita di Klang menangis dipenjara lima tahun, dua sebatan
Tertuduh, Muhammad Syafiei Hasan, 24, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibaca di hadapan Hakim, Sharifah Hascindie Syed Omar.
Akta Penagih Dadah dipinda, kurangkan kesesakan di penjara
Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ismail Mohamed Said berkata langkah itu akan dibuat dalam masa terdekat.