MALAYSIA
Akta Perhimpunan Aman: Peraturan tatatertib pelajar IPT perlu disemak selari keputusan mahkamah - Mahasiswa

Kementerian Pendidikan Tinggi perlu mengarahkan institut pengajian tinggi untuk menyemak semula peraturan mengenai penganjuran perhimpunan oleh mahasiswa. - Gambar hiasan/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) perlu mengarahkan institut pengajian tinggi untuk menyemak semula peraturan mengenai penganjuran perhimpunan oleh mahasiswa seperti yang diperuntukkan dengan kuasa Akta Universiti dan Koleh Universiti (AUKU) 1971.
Ringkasan AI
- Kaedah tatatertib pelajar yang menghalang perhimpunan tanpa kebenaran perlu disemak semula agar selari dengan keputusan mahkamah yang mengisytiharkan kegagalan memberi notis bukan satu kesalahan.Perbincangan mengenai pindaan Akta 736 mesti melibatkan semakan terhadap AUKU kerana mahasiswa merupakan antara kumpulan utama yang terlibat dalam perhimpunan.Kementerian Pendidikan Tinggi disaran mengarahkan semua universiti menyemak semula peraturan dalaman agar menghormati hak berhimpun secara aman seperti yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.
“Seterusnya, Kaedah 27 menetapkan kegagalan untuk mematuhi Kaedah 9 boleh menjadi satu kesalahan tatatertib. Saya percaya Kaedah 9 ini sama seperti Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736).
“Saya percaya universiti perlu ikut keputusan mahkamah dan undang-undang di peringkat universiti selari dengan semangat Perlembagaan Persekutuan,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Dialog Anak Muda pada Jumaat.
Dalam pada itu, Program Koordinator TEROKA, Zarul Afiq bersetuju dengan keperluan untuk membuat semakan menyeluruh terhadap undang-undang yang terkesan dengan keputusan mahkamah baru-baru ini.
"Saya setuju perbincangan (semakan Akta 736) ini mesti dibincangkan bersama AUKU. Tidak boleh sekarang bincang Akta 736, kemudian baru kita bincangkan mengenai AUKU sebab ramai peserta yang terlibat dalam perhimpunan ini ialah anak muda.
“Ramai dalam kalangan anak-anak muda ini pula merupakan penuntut universiti. Mahu tidak mahu, perbincangan ini perlu inklusif mengambilkira semua pihak. Ini perkara yang boleh kita lakukan segera berkaitan dengan pindaan Akta 736 ini,” jelasnya.
Pada 1 Julai lalu, Mahkamah Persekutuan memutuskan, Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman, yang memperuntukkan hukuman terhadap penganjur yang gagal memberikan notis lima hari lebih awal kepada polis sebelum mengadakan perhimpunan, adalah tidak berperlembagaan.
Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang mempengerusikan panel lima hakim berkata, Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman adalah tidak berperlembagaan, kerana tidak konsisten dengan Perkara 10(2)(b) yang dibaca bersama Perkara 8(1) Perlembagaan Persekutuan.
Keputusan itu dibuat susulan cabaran Perlembagaan oleh bekas Setiausaha Agung MUDA Amir Hariri Abd Hadi, yang didakwa pada tahun 2022 kerana gagal memaklumkan kepada polis daerah Dang Wangi lima hari lebih awal sebelum mengadakan perhimpunan di hadapan Kompleks Sogo, di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur berkaitan isu perolehan projek Kapal Tempur Pesisir (LCS).
Pada hari sama, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menerusi satu kenyataan memaklumkan, kementeriannya akan membentangkan pindaan terhadap Akta 736 dalam sidang Parlimen pada Julai ini.
Dewan Rakyat dijadual mula bersidang bagi Mesyuarat Kedua, Penggal Keempat, Parlimen Ke-15 pada 21 Julai akan datang.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami