Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan Kerajaan akan mengembalikan semula Akta Perkhidmatan Parlimen 1963 dalam usaha mempertingkatkan kuasa autonomi Parlimen.
Selain itu, Kerajaan bakal memperkenalkan sebuah jawatankuasa pemilih bagi bertanggungjawab memperaku pelantikan jawatan utama di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Jabatan Audit Negara dan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman.
"Suruhanjaya tertentu seperti SPRM dan SPR akan juga bertanggungjawab secara langsung kepada Parlimen.
"Langkah segera untuk mereformasi sistem politik juga akan dilaksanakan. Tempoh perkhidmatan jawatan Perdana Menteri, Menteri Besar dan Ketua Menteri akan dihadkan kepada dua penggal. Perdana Menteri juga tidak akan memegang portfolio lain," kata Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad sewaktu sesi pembentangan laporan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-11 (RMKe-11) di Parlimen, di sini hari ini.
BACA: Ini dokumen Reformasi - Ucapan Pembentangan Kajian Separuh Penggal RMK11
Turut ditekankan adalah pembanterasan rasuah secara menyeluruh yang membabitkan sektor awam dan swasta.
"SPRM akan ditransformasi sebagai sebuah badan bebas sepenuhnya dan Akta SPRM 2009 akan dikaji semula secara menyeluruh, manakala undang-undang pencegahan rasuah juga akan diperkukuh dengan mengkaji semula Akta Perlindungan Saksi 2009 dan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010," tambah beliau.
Pembentangan Kajian Separuh Penggal RMK-11 2016-2020 itu dibuat di hadapan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Mohamad Ariff Yusof.
Ia pembentangan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia pertama bagi kerajaan baharu Pakatan Harapan (PH) sejak mengambil alih tampuk pentadbiran negara susulan kemenangan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) pada 9 Mei lalu.
Dr Mahathir turut menggariskan enam tonggak utama dalam pembentangan kali ini. Penekanan baharu dan keutaaman akan difokuskan:
* Pertama: Mereformasi tadbir urus ke arah meningkatkan ketelusan dan kecekapan perkhidmatan awam;
* Kedua: Memperkukuh pembangunan inklusif dan kesejahteraan rakyat;
* Ketiga: Menuju ke arah pembangunan wilayah yang seimbang;
* Keempat: Memperkasa modal insan;
* Kelima: Mempertingkat kemampanan alam sekitar melalui pertumbuhan hijau;
* Keenam: Memperkukuh pertumbuhan ekonomi.
Astro Awani
Thu Oct 18 2018
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad (tengah) tiba bagi mengemukakan usul mengenai Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-11, 2016-2020: Keutamaan dan Penekanan Baharu di Bangunan Parlimen hari ini. - fotoBERNAMA
Ali XPDC sesak nafas, Exco bantu hantar ke Hospital Serdang
Ali XPDC dikejarkan ke Hospital Serdang selepas mengalami sesak nafas di kediamannya di Salak Tinggi, Sepang.
Rombongan pengantin, jemaah umrah antara penumpang terkandas di KKIA
Rombongan pengantin dan jemaah umrah antara ribuan penumpang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) berikutan pembatalan penerbangan hari ini.
Rangka transformasi pendidikan tinggi demi kesihatan planet
Nickyson Nyambar membawakan perkembangan semasa Sidang Kemuncak Kesihatan Planet 2024.
Pelan Industri Sukan kini di fasa akhir - TPM Ahmad Zahid
Kementerian Belia dan Sukan kini dalam fasa akhir membangunkan Pelan Industri Sukan, yang menggariskan strategi dan inisiatif memberi manfaat kepada sektor industri sukan.
Perkembangan upacara pengebumian Joseph Kurup
Bersama wartawan AWANI Borneo di Sabah, Hafiz Mustadi di talian bagi mendapatkan perkembangan terkini.
Titah Adendum: Sokongan Ahmad Zahid kepada Najib tulus, sejati - Megat Zulkarnain
Sokongan yang dizahirkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terhadap petisyen Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung Titah Adendum YDP Agong mengenai tahanan rumah, tulus dan sejati.
Letusan Gunung Ruang: Penumpang menunggu dalam ketidakpastian di KIA
Tinjauan di lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) mendapati penumpang me nunggu dalam ketidakpastian susulan pembatalan penerbangan yang berpunca letusan Gunung Berapi Ruang.
Kerajaan Perpaduan umum calon PRK Kuala Kubu Baharu minggu depan - Zambry
Zambry memaklumkan bahawa pengumuman mengenainya akan dibuat sekitar dua hari sebelum penamaan calon.
200 ulama nusantara dijangka hadiri Persidangan Ulama Sedunia Mei ini
Seramai 200 ulama nusantara dijangka hadir Persidangan Ulama Sedunia yang akan diadakan di Petaling Jaya, Selangor pada 7 dan 8 Mei ini.
Pengecualian sementara borang TM.6 oleh Thailand bantu rangsang pelancongan Perlis
Langkah kerajaan Thailand mengecualikan sementara warganegara asing daripada mengemukakan Borang TM.6 ketika masuk dan keluar dari negara itu dilihat dapat merangsang sektor pelancongan di Perlis.
Pindaan kembalikan Akta Perkhidmatan Parlimen 90 peratus siap - Azalina
Akta Perkhidmatan Parlimen antaranya akan memberi kuasa autonomi kepada pentadbiran dan kewangan Parlimen.
Akta Perkhidmatan Parlimen: Memorandum Jemaah Menteri komprehensif akan dibentang
Ia bagi membolehkan proses merangka kertas kerja pelaksanaan pengenalan semula Akta Perkhidmatan Parlimen 1963 diteruskan ke peringkat selanjutnya.
Akta Perkhidmatan Parlimen, Akta Majlis Parlimen dikembalikan tidak lama lagi - Wan Junaidi
Wan Junaidi berkata kedua-dua akta itu akan dibawa pada persidangan Parlimen bulan ini.
Pelaksanaan Akta Perkhidmatan Parlimen di peringkat kedua - Wan Junaidi
Mesyuarat Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri (BHEUU) pada Jumaat lalu telah memutuskan undang-undang itu di peringkat dasar.
Pilihan raya negeri akan menelan kos lebih RM420 juta jika tidak diadakan serentak - Ramkarpal
Ramkarpal Singh berkata kos yang lebih tinggi akan ditanggung kerana perlu ada perancangan berulang untuk PRN yang berasingan.
Akta Perkhidmatan Parlimen, naik taraf Jawatankuasa Pilihan Khas antara agenda Johari
Beliau dan Tan Sri Rais Yatim telah berjumpa dengan Perdana Menteri bagi memohon pertimbangan kerajaan untuk mengembalikan semula akta itu.
PSA perlu dihidupkan semula, tingkatkan peruntukan untuk Parlimen - Wong Chen
Akta Perkhidmatan Parlimen (PSA) perlu dihidupkan semula bagi memastikan semak dan imbang dapat diperkukuhkan di Parlimen.
MoU Transformasi: Akta Perkhidmatan Parlimen, elaun sama rata Ahli Dewan antara kandungan perjanjian
Undang-undang berkaitan Perkhidmatan Parlimen akan dibentang dan diluluskan selepas perbincangan, libat urus dan mendapat persetujuan Speaker Dewan Rakyat serta Dewan Negara.
Selepas 'terseksa' bersama Pandikar Amin, ini masa Wan Junaidi ubah Parlimen - Liew Chin Tong
Chin Tong berkata, Wan Junaidi perlu bersedia menjadi seorang pemimpin yang transformatif untuk mengubah Parlimen jadi lebih baik
Akta Perkhidmatan Parlimen 1963 dikembalikan, pertingkat kuasa autonomi Parlimen
Sebuah jawatankuasa pemilih akan diwujudkan untuk memperaku pelantikan jawatan utama di SPRM, SPR, Jabatan Audit Negara dan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman.