awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Diaspora India berperanan dalam pembangunan Malaysia - PM Modi
Ultras Selangor dilarang masuk stadium bagi tiga perlawanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 akan diperketatkan - PM

Astro Awani
Astro Awani
14/02/2023
03:50 MYT
Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 akan diperketatkan - PM
Kerajaan sedang meniliti peruntukan yang boleh memperketatkan lagi Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 untuk memastikan lebih ramai yang berani tampil mendedahkan kegiatan rasuah, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. - Gambar BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang meniliti peruntukan yang boleh memperketatkan lagi Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 untuk memastikan lebih ramai yang berani tampil mendedahkan kegiatan rasuah.
Menurut Datuk Seri Anwar Ibrahim, usaha itu akan dilaksanakan bertujuan melindungi pemberi maklumat tentang salah laku dan rasuah.
Namun Perdana Menteri menjelaskan, usaha kerajaan itu bukan bertujuan untuk memberi laluan kepada mana-mana pihak membuat tuduhan palsu atau fitnah.
"Saya setuju dengan gesaan Yang Berhormat kerana di antara arahan awal saya ialah kerana ramai yang memberi maklumat merasa tidak selamat kerana mendapat tekanan termasuk beberapa penjawat awam.
"Oleh yang demikian kerajaan sedang meniliti peruntukan yang boleh memperketatkan dan memberi perlidungan.
"Cuma ada pandangan daripada pihak perundangan, yang menyatakan ini bukanlah memberi laluan kepada mana-mana pihak untuk membuat tuduhan palsu atau fitnah, jadi dibedakan dengan usaha memberikan fakta dan saya setuju dengan gesaan, ini akan kita bentangkan selewat-lewatnya pada sesi akan datang," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan dari Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin ketika Sesi Soal Jawab Perdana Menteri (PMQ) di Dewan Rakyat, di sini, pada Selasa.
Menjawab soalan Ahli Parlimen Tawau, Lo Su Fui berhubung pengubalan undang-undang pendanaan politik, Perdana Menteri berkata, kerajaan mempunyai komitmen meneruskan perkara berkenaan.
"Kita telah memberikan penjelasan dan ada komitmen untuk meneruskan tetapi masih di peringkat awal setelah kita melihat laporan-laporan yang dikemukakan.
"Saya percaya jabatan-jabatan berkenaan akan meneliti bukan saja SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) tetapi ahli-ahli parti politik sebelum dikemukakan kepada jawatankuasa pilihan," katanya lagi.
Kata Anwar, SPRM kini lebih tertumpu kepada kes-kes rasuah bersakala besar bagi memastikan usaha memerangi rasuah lebih efektif.
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#Perdana Menteri
#SPRM
#Akta Perlidungan Pemberi Maklumat 2010
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan