MALAYSIA
Akta Persaingan 2010 banyak kelompongan, perlu dipinda segera - MP Jelebu
Jalaluddin berpendapat mekanisme pemantauan, pengesanan dan siasatan terhadap unsur kartel serta pakatan bida perlu dijalankan pada peringkat awal. - Foto/Tangkap layar YouTube Parlimen
KUALA LUMPUR: Akta Persaingan 2010 disarankan agar dipinda dengan kadar segera bagi memastikan pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) dapat berjalan dengan lebih berkesan tanpa diganggu oleh amalan kartel, monopoli dan antipersaingan dalam pasaran.
Ringkasan AI
Cadangan tersebut dikemukakan oleh Datuk Seri Jalaluddin Alias (BN-Jelebu) ketika membahaskan usul RMK13 di Dewan Rakyat pada Selasa.
Jelas beliau, selagi ekonomi negara dibelenggu oleh kewujudan kartel, monopoli dan amalan tidak sihat, ia akan menindas pengguna serta mengehadkan peluang kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS).
"Sasaran yang ditetapkan dalam RMK13 bahawa Akta Persaingan 2010 akan dipinda menjelang 2030... Ia lambat, Yang Berhormat.
"Maka, saya cadangkan supaya akta ini perlu dipinda dengan kadar segera kerana banyak kelompongan yang saya dah sebut sebelum ini, yang perlu diperbaiki dalam akta sedia ada," katanya.
Jalaluddin menambah berdasarkan kes-kes yang disiasat oleh Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) sebelum ini, jelas wujud corak tindakan yang hanya diambil pada peringkat pasca pelaksanaan, iaitu selepas sesuatu perolehan, pengoperasian atau penyampaian perkhidmatan selesai dijalankan.
"Adakah kuasa yang diberikan kepada MyCC terlalu terbatas sehingga tidak mampu bertindak sewaktu proses perolehan sedang berjalan?
"Ataupun situasi mencerminkan kelewatan yang disengajakan dalam pelaksanaan kuasa penguatkuasaan yang sepatutnya lebih proaktif? Adakah ini strategi tunggu dan lihat yang telah pun atau disengajakan oleh pihak MyCC?," soal beliau.
Dalam pada itu, Jalaluddin berpendapat mekanisme pemantauan, pengesanan dan siasatan terhadap unsur kartel serta pakatan bida perlu dijalankan pada peringkat awal, iaitu sebelum proses perolehan kerajaan dimuktamadkan.
Beliau turut mencadangkan agar MyCC bekerjasama dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) untuk memberi pendedahan, mendidik dan menyenaraikan garis panduan jelas untuk rujukan kontraktor di Malaysia di peringkat awal.
"Mengikut rekod, CIDB mempunyai seramai 131,570 kontraktor berdaftar dari Gred 1 hingga Gred 7. Jadi sangat wajar MyCC bekerjasama dengan CIDB.
"Ini supaya proses penilaian kelayakan kontraktor, audit projek berprofil tinggi, serta penapisan pemegang lesen bagi memastikan persaingan hebat dapat ditegakkan tanpa menzalimi pemain industri yang belum pernah lagi bersalah," katanya.
Dapatkan berita terkini RMK13 di sini
Ringkasan AI
- Datuk Seri Jalaluddin Alias mencadangkan Akta Persaingan 2010 dipinda segera agar pelaksanaan RMK13 tidak terganggu oleh amalan kartel, monopoli dan antipersaingan.
- Beliau mengkritik tindakan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) yang hanya bertindak selepas pelaksanaan projek, dan menyarankan penguatkuasaan lebih proaktif semasa proses perolehan.
- Jalaluddin turut mencadangkan kerjasama antara MyCC dan CIDB untuk mendidik kontraktor serta memperkenalkan garis panduan jelas bagi memastikan persaingan sihat dalam industri pembinaan.