PUTRAJAYA: Akta Profesion Guaman Syarie (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2019 [Akta 814] akan mula dikuatkuasakan pada 21 Jun ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad.
Beliau dalam satu kenyataan hari ini berkata akta berkenaan telah diluluskan Dewan Rakyat pada 15 Julai 2019 dan Dewan Negara pada 31 Julai 2019.
Beliau berkata penetapan tarikh permulaan kuat kuasa Akta Profesion Guaman Syarie 2019 dan Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) (No.2) 2019 [Akta 1606] telah disiarkan dalam Warta pada 9 Jun lepas.
Ia telah diperkenankan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 27 Mei lepas dan ditandatangani oleh Setiausaha Jemaah Menteri pada 8 Jun lepas, katanya.
Idris berkata selaras dengan penguatkuasaan Akta 814, Badan Peguam Syarie (BPS) Wilayah-Wilayah Persekutuan ditubuhkan di bawah subseksyen 42(1) Akta 814 yang antara lainnya bertujuan menggalakkan dan menjaga kepentingan profesion guaman syarie.
"Matlamat penubuhan BPS itu adalah sama dengan penubuhan Bar Malaysia yang mengawal selia profesion guaman di mahkamah sivil," katanya.
Menurut subseksyen 49(1) Akta 814, Ketua Pendaftar Mahkamah Rayuan Syariah Wilayah-Wilayah Persekutuan hendaklah selepas tamat tempoh 30 hari dan tidak lewat daripada 60 hari dari tarikh permulaan kuat kuasa akta, memanggil semua anggota Badan Peguam Syarie bagi suatu mesyuarat pada bila-bila masa dan mana-mana tempat untuk memilih 13 anggota Majlis Peguam Syarie.
"Saya berharap agar Akta 814 ini dapat memartabatkan institusi perundangan syariah dan memperkasa profesion guaman syarie melalui kawal selia profesion tersebut secara menyeluruh setaraf dengan profesion guaman yang dikawal selia di bawah Akta Profesion Undang-Undang 1976 [Akta 166]," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 15 2022

Idris berkata, akta berkenaan telah diluluskan Dewan Rakyat pada 15 Julai 2019 dan Dewan Negara pada 31 Julai 2019. - Gambar fail

Sikap tidak ingin ambil tahu punca Malaysia sukar tangani rasuah - Masidi
Ini terbukti dengan hanya 48 peratus rakyat yang cenderung untuk melaporkan kes salah laku rasuah.

Taylor’s University | Labur RM1 juta, bangunkan Makmal VORTEX XR
Taylor’s University melabur lebih 1 juta ringgit membangunkan makmal VORTEX Xr bagi mewujudkan suasana pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan yang lebih interaktif seiring pertumbuhan industri teknologi realiti lanjutan atau extended reality (XR) di negara ini. Timbalan Naib Canselor dan Ketua Pegawai Akademik, Prof Dr Pradeep Nair berkata, VORTEX XR yang dikenali sebagai Virtual Online Future Technology and Extended Reality itu berupaya mendekatkan masyarakat, pelajar dan pengajar dengan teknologi terkini sekali gus memenuhi permintaan pasaran kerja XR.

Laporan Khas | Pemilik lot tanah Bukit Tabur bersuara
"Kami hanya mahu berkebun di atas tanah sendiri..." Ini luahan beberapa pemilik lot tanah di Bukit Tabur, yang sebelum ini didakwa cuba menjalankan pembangunan di kawasan berkenaan. Susulan pendedahan Astro AWANI baru-baru ini bertajuk Bukit Tabur makin terabur?, Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) mengesahkan berlaku kerja meratakan tanah tanpa permit di kawasan tersebut. Ikuti penjelasan daripada pemilik lot tanah berhubung situasi sebenar, dan benarkah tindakan mereka bakal merosakan alam sekitar?

Hari Kemerdekaan | Nyanyian Farel Prayoga buat menteri berjoget
Hari Kemerdekaan Indonesia ke-77 disambut meriah di Istana Presiden, Jakarta pada Rabu. Namun mencuri tumpuan pada majlis itu ialah Farel Prayoga yang hanya berusia 12 tahun, apabila dia 'menggoyangkan' istana dengan dendangan lagu berbahasa Jawa, sehingga beberapa menteri turut berjoget bersamanya.

Jururawat di HSI akan ditambah - Onn Hafiz
Kementerian Kesihatan (KKM) akan mempertimbangkan untuk menambah bilangan jururawat di Hospital Sultan Ismail (HSI) bagi meringankan tanggungan kerja di hospital itu.

Skandal LCS | “Siapa yang bersalah, tetap bersalah”
Mengulas mengenai pendakwaan terhadap bekas Panglima TLDM, Tan Sri Ahmad Ramli Mohd Nor, atas tiga pertuduhan Pecah Amanah Jenayah (CBT) berkaitan dana syarikat pembuat kapal, Boustead Naval Shipyard (BNS) Sdn Bhd, Hishammuddin yakin pihak berkuasa telah menjalankan siasatan sewajarnya. Katanya, beliau tetap dengan pendirian, siapa sahaja termasuk dirinya jika bersalah akan tetap bersalah.

Skandal LCS | "Sila laksanakan" arahan Zahid kepada SUB MINDEF
Surat daripada Boustead Naval Shipyard (BNS) pada 8 Julai 2010 kepada Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi antara yang terkandung dalam laporan Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK) berhubung projek pembinaan kapal tempur pesisir (LCS).

Senarai Hitam | DBKL tutup Crackhouse Comedy Club selamanya
Pemilik Crackhouse Comedy Club kini tidak lagi dibenarkan daripada mendaftarkan lesen perniagaan mana-mana premis di sekitar ibu negara.

Keluarga Malaysia dijemput saksi perarakan sambutan Hari Kebangsaan 2022
Keluarga Malaysia dijemput untuk berada di Dataran Merdeka bagi menyaksikan perarakan sempena sambutan Hari Kebangsaan 2022 yang sekian lama tidak dapat diadakan.

Kebenaran eksport ayam dipertimbang jika bekalan domestik tidak terjejas - Annuar
Kebenaran mengeksport ayam akan dipertimbang selepas bekalan dalam negara untuk rakyat tidak terjejas bagi memastikan harga bahan mentah itu dapat dikawal.

Akta Profesion Guaman Syarie mula dikuat kuasa 21 Jun
Akta Profesion Guaman Syarie (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2019 [Akta 814] akan mula dikuatkuasakan pada 21 Jun ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad.