Skip to main content

Malaysia

Akta Statistik 2026 kuat kuasa Disember, akses data dipermudah

Siti Asiah memaklumkan Akta Statistik 2026 dijangka dikuatkuasakan pada Disember ini, selain mengumumkan penjenamaan semula Jabatan Perangkaan Malaysia kepada Jabatan Statistik Malaysia mulai tahun depan. - Gambar fail
Siti Asiah memaklumkan Akta Statistik 2026 dijangka dikuatkuasakan pada Disember ini, selain mengumumkan penjenamaan semula Jabatan Perangkaan Malaysia kepada Jabatan Statistik Malaysia mulai tahun depan. - Gambar fail

Advertisement

PUTRAJAYA: Akta Statistik 2026 dijangka dikuatkuasakan pada Disember ini, sekali gus memperluas mandat Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dalam pengumpulan dan integrasi data negara.

Ketua Perangkawan Malaysia, Siti Asiah Ahmad berkata, undang-undang itu dijangka diwartakan pada 23 Oktober ini, sebelum beberapa perkara berkaitan pengurusan data dan peraturan fi dimuktamadkan.

Beliau berkata, pembaharuan itu turut memudahkan urusan penggunaan data oleh agensi kerajaan dan institusi pengajian tinggi tanpa memerlukan memorandum persefahaman (MoU) seperti sebelum ini.

"DOSM telah mempunyai mandat untuk membuat integrasi data melalui mana-mana data yang ada di dalam negara ini, baik di peringkat agensi kerajaan atau sumber-sumber lain," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Sambutan Hari Statistik Negara 2026 Peringkat Kebangsaan di sini, hari ini.

Menurutnya, pengumpulan data di bawah undang-undang baharu itu tidak lagi terhad kepada kaedah survei, manakala permohonan penggunaan data boleh dibuat terus kepada DOSM mengikut garis panduan pengurusan data.

Dalam perkembangan sama, Siti Asiah turut memaklumkan Jabatan Perangkaan Malaysia akan dikenali sebagai Jabatan Statistik Malaysia mulai tahun depan.


 

Must Watch Video

Advertisement