awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dikejar lebih sejam, dua lelaki curi kabel telekomunikasi ditahan
Rumah ibadat atas tapak tidak sah: Penguatkuasaan perlu konsisten, adil - ABIM
KPDN teliti pindaan perundangan, tutup ruang manipulasi pembelian RON95 bersubsidi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Akta Tatakelola berkaitan perolehan, pemberian kontrak akan dikemukakan di Parlimen

Bernama
Bernama
25/02/2023
06:44 MYT
Akta Tatakelola berkaitan perolehan, pemberian kontrak akan dikemukakan di Parlimen
Ahmad Zahid berkata Akta Tatakelola tersebut merupakan lanjutan daripada tatakelola dan peraturan-peraturan perbendaharaan yang sedia ada. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Akta Tatakelola akan dikemukakan di sidang Parlimen sebagai garis panduan prosedur perolehan dan pemberian kontrak, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata Akta Tatakelola tersebut merupakan lanjutan daripada tatakelola dan peraturan-peraturan perbendaharaan yang sedia ada.
"Ini penting bagi mengelak daripada ketirisan berlaku, penyalahgunaan kuasa dan juga memberi garis panduan bukan terhadap spesifikasi sesuatu perkhidmatan, produk atau pun kerja-kerja, tetapi dari aspek harga serta tempoh waktu dan kualiti perkhidmatan atau barangan yang dibekalkan," katanya kepada pemberita selepas siaran langsung Selamat Pagi Malaysia dan Nasional FM anjuran Radio Televisyen Malaysia di Angkasapuri hari ini.
Ahmad Zahid berkata penambahbaikan dengan mewujudkan Akta Tatakelola adalah mustahak, agar tidak ada ketirisan disebabkan oleh faktor-faktor rasuah, keuntungan yang terlampau tinggi atau perkara-perkara yang menyebabkan rakyat akan terbeban akibat ketidakpatuhan tatakelola.
"Yang ada sekarang ini hanya berbentuk arahan dari perbendaharaan dan lebih penting apabila ia diaktakan, semua tatakelola dan pengendalian akan terikat kepada Akta.
"Jika ada terdapat beberapa elemen penyelewengan, ketirisan dan penyalahgunaan kuasa, pesalah-pesalah itu akan terikat kepada hukuman-hukuman, jika pelanggaran itu dilakukan," katanya.
Mengenai langkah syarikat berkaitan kerajaan mengambilalih institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) seperti digariskan dalam Belanjawan 2023, Ahmad Zahid berkata langkah itu tidak memerlukan pihak swasta membina pusat latihan baharu, sebaliknya menggunakan kemudahan dan peruntukan sedia ada.
Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) berkata ini sekali gus membolehkan kursus-kursus TVET, disesuaikan dengan tenaga kerja yang ditempatkan di syarikat-syarikat berkenaan.
Ahmad Zahid berkata ini penting, kerana pasaran guna tenaga Malaysia memerlukan tenaga berketerampilan dan berkemahiran tinggi, supaya negara tidak lagi bergantung kepada pekerja asing yang akan membebankan negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ahmad Zahid Hamidi
#akta tatakelola
#Parlimen
#perolehan
#pemberian kontrak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan