MALAYSIA
Aktivis cadang lima langkah lindungi kanak-kanak di sekolah
Hartini menggesa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengambil lima langkah segera bagi memastikan keselamatan murid di sekolah susulan kebimbangan terhadap kes jenayah yang semakin berleluasa. - Bernama
KUALA LUMPUR: Aktivis hak kanak-kanak, Dr Hartini Zainudin, menggesa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengambil lima langkah segera bagi memastikan keselamatan murid di sekolah susulan kebimbangan terhadap kes jenayah yang semakin berleluasa.
Menurutnya, keselamatan dan maruah setiap anak perlu menjadi keutamaan tertinggi kementerian dan tindakan mesti dilakukan sebelum tragedi berlaku.
Dalam pada itu, Dr Hartini meminta dasar sekolah selamat diisytiharkan sebagai keutamaan nasional.
Tegasnya, semua sekolah termasuk kerajaan, swasta, agama dan tahfiz mesti melaksanakan dasar perlindungan kanak-kanak yang selaras dengan konvensyen hak kanak-kanak (CRC) dan Akta Kanak-Kanak.
Selain itu, pegawai perlindungan kanak-kanak perlu dilantik dan dilatih di setiap sekolah dan guru dan pengetua perlu diberi latihan untuk mengenal pasti penderaan, bertindak terhadap pendedahan serta bekerjasama dengan pegawai kebajikan dan polis.
Pasukan tindakan sekolah selamat nasional katanya, perlu ditubuhkan dan pasukan itu harus terdiri daripada pakar psikologi, pakar perlindungan kanak-kanak, pegawai jabatan kebajikan masyarakat, NGO dan ibu bapa bagi membentuk sistem tindak balas dan akauntabiliti masa nyata.
Ujarnya, saluran aduan selamat perlu diwujudkan dan murid mesti mempunyai akses kepada cara aduan yang sulit, mudah serta selamat sama ada dalam talian, melalui talian bantuan atau kaunselor sekolah yang terlatih.
Seterusnya, ketelusan dan akauntabiliti perlu ditegakkan dan sekolah yang gagal bertindak atau menyembunyikan kes harus dikenakan tindakan tatatertib serta undang-undang.
Dr Hartini menegaskan bahawa ikrar menentang buli setiap pagi tidak mencukupi dan tindakan tegas serta pengisytiharan awam diperlukan bagi menjamin keselamatan murid.
Kementerian juga katanya, tidak perlu menunggu tragedi berlaku sebelum bertindak, sebaliknya menjadikan setiap sekolah benar-benar selamat untuk anak anak belajar, bermimpi dan membesar.