awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aktivis politik, 2 lagi ditahan kes minta, terima rasuah daripada pendakwah selebriti

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
06/11/2024
04:30 MYT
Aktivis politik, 2 lagi ditahan kes minta, terima rasuah daripada pendakwah selebriti
Semua suspek lelaki berusia 30 hingga 50-an itu ditahan antara jam 12 tengah hari hingga 5 petang semalam. - Gambar/ Astro AWANI
ALOR SETAR: Seorang aktivis politik bersama dua individu lain ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam setelah disyaki meminta dan menerima rasuah daripada seorang pendakwah selebriti.
Sumber memaklumkan, ketiga-tiga lelaki itu yang berusia antara 30 hingga 50-an, ditahan kira-kira antara 12 tengah hari hingga lima petang semalam dalam satu operasi dijalankan di Bedong, Sungai Petani dan Pejabat SPRM Kedah.
Katanya, urusan meminta dan menerima rasuah itu disyaki dilakukan kononnya bagi membantu menyelesaikan kes pengubahan wang haram (AMLA) membabitkan pendakwah tersebut yang sedang disiasat polis.
"Siasatan awal mendapati kesemua suspek bersubahat meminta wang sebanyak RM150,000 tetapi mereka hanya menerima RM20,000 dari pendakwah tersebut," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Pengarah SPRM Kedah, Ahmad Nizam Ismail ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dengan kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.
Sementara itu ketiga-tiga individu berkenaan hari ini dibawa SPRM ke Kompleks Mahkamah Alor Setar kira-kira pukul 8.45 pagi tadi bagi mendapatkan perintah tahanan reman.
Majistret, Siti Nor Hasliza Md. Ali membenarkan kesemua mereka direman selama empat hari hingga 9 November depan.
Terdahulu aktivis politik berkenaan yang hadir dengan memakai baju lokap SPRM berwarna oren beberapa kali melaungkan ayat 'lawan tetap lawan' ketika gambarnya dirakam pemberita.
Malah ketika diiring keluar dari lokap mahkamah, aktivis politik itu mendakwa selepas ini dia akan membuat laporan polis berkaitan tuduhan menipu dilakukan pihak tertentu.
Dia turut mendakwa kes membabitkannya itu adalah satu bentuk penganiayaan bagi memburukkan nama kumpulan yang menyokong seorang bekas Perdana Menteri.
Topic Berkaitan
#aktivis politik
#pendakwah selebriti
#kes rasuah
#SPRM
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan