Aktivis yang mahu 'mengajar IGP' di Twitter ditahan polis

Haider Yutim
April 1, 2015 01:54 MYT
Fariz Musa memaklumkan bahawa Irwan (gambar) telah dibawa oleh pasukan D5 Bukit Aman ke IPD Dang Wangi. Foto dari Fariz Musa
Seorang aktivis dari NGO Jingga 13, Irwan Yahya telah ditahan berikutan satu posting Twitter yang didakwa mengancam Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Menurut Ketua Koordinator Jingga 13, Fariz Musa, Irwan telah ditahan pada 11.40 malam semalam (Selasa) di kediamannya sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis (IDP) Banting.
"Dia ditahan kerana posting Twitternya itu... daripada IPD Banting, dia dibawa oleh pasukan D5 Bukit Aman ke IPD Dang Wangi kira-kira jam 1 pagi," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Irwan yang merupakan ahli sekretariat Jingga 13 pada Sabtu telah menulis satu posting yang mengancam mahu "mengajar IGP mengikut cara orang muda".
Dia juga meminta Ketua Polis Negara itu supaya "bersiap sedia" dengan tindakan yang bakal dilakukannya itu.

Biarkn @KBAB51 mnahan klau blh smua leader senior PR..agr mdh bg kmi mgjar igp mgikut cra org mda tpa skatan senior2 PR..igp..bersedialah..

— Iwan Jbecks (@irwanyahya) March 28, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Berikutan posting itu, Khalid kemudiannya memaklumkan bahawa pihak polis cuma menjalankan amanah demi ketenteraman dan kesejahteraan semua.

Adik @irwanyahya, @PDRMsia cuma jlnkan Amanah kami demi ketenteraman dan kesejahteraan Rakyat. Mengugut saya tidak manis.

— Khalid Abu Bakar (@KBAB51) March 29, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Selain itu, posting Irwan turut mendapat sindiran beberapa pengguna di laman media sosial itu.

@KBAB51 @irwanyahya @PDRMsia haha. Dah habis belajar ke belum ni ada hati nak ajar IGP? Belajar bg habis dulu, sian mak ayah.

— Ayusz (@FairusZana) March 29, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

@KBAB51 @irwanyahya @PDRMsia betul tu. Nasihat org tua kpd anaknya. Org muda ni terlalu obsess dgn pembangkang. Negara ini ada undang2nya

— SJ (@zanjaf) March 29, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

@irwanyahya @KBAB51 @PDRMsia Awk anak muda yg tertipu dgn otai2 PKR..terutama Anwar. Tu sbb awk bersikap kurang ajar.

— Mozas My (@mozas_my29) March 29, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#IGP #irwan yahya #Jingga 13 #KPN #Twitter