MALAYSIA
Aktiviti berkuda, senaman berjalan kaki rutin kecergasan Yang di-Pertuan Agong

Sultan Ibrahim menunggang kuda di sekitar kawasan Istana Pasir Pelangi di sini hari ini. - Gambar/ Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
JOHOR BAHRU: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menekankan kepentingan mengamalkan gaya hidup sihat dengan menjadikan aktiviti berkuda dan senaman berjalan kaki sebagai antara rutin kecergasan.
Ringkasan AI
- Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menekankan kepentingan gaya hidup sihat melalui aktiviti berkuda dan berjalan kaki sebagai rutin kecergasan harian.
- Seri Paduka Baginda memulakan persiapan seawal 5 pagi untuk menunggang kuda di sekitar Istana Pasir Pelangi, dan mempunyai pengetahuan serta pengalaman luas dalam sukan polo.
- Aktiviti berkuda dianggap bukan sekadar riadah, tetapi juga membantu meningkatkan kekuatan otot, fokus dan disiplin, seperti yang dinyatakan dalam hantaran Facebook rasmi Baginda.
"Bagi Seri Paduka Baginda, aktiviti berkuda bukan hanya sekadar beriadah malah membantu meningkatkan kekuatan otot, selain kekal fokus dan disiplin," menurut hantaran itu.
Beberapa keping foto Sultan Ibrahim melakukan aktiviti berkenaan turut dimuat naik bersama hantaran itu.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami