[TERKINI] Skandal 1MDB: Bradley Hope Dedah Jho Low Hidup Mewah di Shanghai – Dapatkan Perincian Di Sini
MALAYSIA

Aktiviti berkuda, senaman berjalan kaki rutin kecergasan Yang di-Pertuan Agong

Bernama 17/07/2025 | 04:10 MYT
Sultan Ibrahim menunggang kuda di sekitar kawasan Istana Pasir Pelangi di sini hari ini. - Gambar/ Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
JOHOR BAHRU: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menekankan kepentingan mengamalkan gaya hidup sihat dengan menjadikan aktiviti berkuda dan senaman berjalan kaki sebagai antara rutin kecergasan.


Ringkasan AI
  • Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menekankan kepentingan gaya hidup sihat melalui aktiviti berkuda dan berjalan kaki sebagai rutin kecergasan harian.
  • Seri Paduka Baginda memulakan persiapan seawal 5 pagi untuk menunggang kuda di sekitar Istana Pasir Pelangi, dan mempunyai pengetahuan serta pengalaman luas dalam sukan polo.
  • Aktiviti berkuda dianggap bukan sekadar riadah, tetapi juga membantu meningkatkan kekuatan otot, fokus dan disiplin, seperti yang dinyatakan dalam hantaran Facebook rasmi Baginda.


Menerusi kenyataan dimuat naik di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka Baginda membuat persiapan seawal 5 pagi untuk menunggang kuda di sekitar kawasan Istana Pasir Pelangi di sini hari ini.

"Seri Paduka Baginda amat berpengetahuan luas dalam sukan berkuda dan merupakan pemain polo yang berpengalaman.

"Bagi Seri Paduka Baginda, aktiviti berkuda bukan hanya sekadar beriadah malah membantu meningkatkan kekuatan otot, selain kekal fokus dan disiplin," menurut hantaran itu.

Beberapa keping foto Sultan Ibrahim melakukan aktiviti berkenaan turut dimuat naik bersama hantaran itu.

-- BERNAMA


#Yang di-Pertuan Agong #aktiviti riadah #Sultan Ibrahim #berkuda