awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis PN di Perlis tunjukkan parti itu lebih utamakan politik berbanding rakyat
Jambatan Kedua Pulau Pinang ditutup dua hari sempena acara kayuhan
Kes merusuh di Pasar Awam Melor: 12 individu direman empat hari
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aktiviti 'dine-in' di zon Selatan dibenar mulai Isnin - JPBN Sarawak

Bernama
Bernama
17/09/2021
15:10 MYT
Aktiviti 'dine-in' di zon Selatan dibenar mulai Isnin - JPBN Sarawak
Jawatankuasa itu juga memaklumkan tempoh operasi perniagaan lain juga dibenarkan beroperasi dari 5 pagi sehingga 10 malam sama seperti waktu operasi premis makanan.
KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak memutuskan makan di premis dibenarkan di semua premis perniagaan makanan di Zon Selatan, bermula Isnin ini.
JPBN Sarawak dalam kenyataan pada Jumaat memaklumkan kebenaran itu tertakluk kepada beberapa syarat termasuk operator, pekerja dan pelanggan telah mendapat dua dos vaksinasi lengkap COVID-19.
"Selain itu, pemilik premis perniagaan diwajibkan untuk memastikan ventilasi dan pengudaraan adalah mengikut piawaian dikeluarkan Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak (MLGH)," menurut kenyataan itu.
Zon Selatan meliputi Daerah Kuching, Bau, Lundu, Samarahan, Asajaya, Simunjan, Serian dan Tebedu.
Jawatankuasa itu juga memaklumkan tempoh operasi perniagaan lain juga dibenarkan beroperasi dari 5 pagi sehingga 10 malam sama seperti waktu operasi premis makanan.
Sementara itu, Sarawak mencatatkan 3,480 kes baharu COVID-19 hari ini selain tiga kematian baharu direkodkan dengan masing-masing di Kuching, Sarikei dan Mukah yang menjadikan angka kematian di Sarawak meningkat kepada 659 orang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#aktiviti dine-in
#JPBN Sarawak
#zon selatan
#Kuching
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan