MALAYSIA
Aktiviti karaoke masih dilarang - Ismail Sabri
Ismail Sabri menjelaskan aktiviti yang dibenarkan hanyalah karaoke keluarga di kawasan zon hijau yang berada dalam PKPP. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Kerajaan masih belum membenarkan sebarang aktiviti pusat hiburan karaoke di seluruh negara, kata Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau menjelaskan aktiviti pusat karaoke masih berada dalam senarai aktiviti yang dilarang sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
"Aktiviti yang dibenarkan hanyalah karaoke keluarga di kawasan zon hijau yang berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP)," katanya pada sidang media mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), hari ini.
Pengerusinya, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dilaporkan berkata, kebenaran itu bagaimanapun tidak termasuk KTV Karaoke, kelab malam, pub dan bistro.
Katanya lagi, keputusan itu dibuat selepas Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak memperhalusi garis panduan prosedur operasi standard (SOP) bagi pembukaan premis karaoke di kompleks beli-belah.
#ismail sabri yaakob
#PKP
#karaoke
#hiburan
#Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak
#Menteri Pertahanan
#COVID-19
#pandemik