awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aktiviti kilang sawit dipercayai antara punca ribuan ikan mati di Sungai Tumboh - JAS Perak

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
29/12/2020
02:07 MYT
Aktiviti kilang sawit dipercayai antara punca ribuan ikan mati di Sungai Tumboh - JAS Perak
JAS Perak mengenal pasti tiga potensi yang mungkin menyebabkan ribuan ikan mati di Sungai Tumboh, Kampung Gajah, seperti yang tular di Facebook.
PASIR SALAK:Jabatan Alam Sekitar (JAS) Perak mengenal pasti tiga potensi yang mungkin menyebabkan ribuan ikan mati di Sungai Tumboh, Kampung Gajah, seperti yang tular di Facebook semalam.
Pengarahnya, Rosli Zul berkata tiga potensi itu ialah dua daripada aktiviti kilang sawit dan satu lagi daripada aktiviti di bekas lombong.
Menurutnya, tiga potensi itu dikenal pasti berdasarkan input daripada pengadu yang kemudian disusuli dengan siasatan oleh pegawai JAS Perak petang semalam.
Katanya, pegawai JAS bersama-sama pegawai Jabatan Perikanan telah menyusuri Sungai Tumboh untuk mengesan pencemaran yang menyebabkan ikan mati.
“Semasa menyusuri sungai itu, pasukan penyiasat menemui bangkai ikan bermula di bekas lombong yang merupakan kawasan paling hulu bangkai ikan ditemui,” katanya.
Sehubungan itu, kata Rosli, pihaknya telah mengambil sampel air dan tanah yang ada kesan lapisan cecair seperti minyak di kawasan yang terdapat banyak bangkai ikan di sungai tersebut.
Di samping itu, katanya, pihaknya juga mengambil sampel bangkai ikan untuk dianalisis bagi mengetahui punca kematian ikan-ikan itu.
Pada Isnin, tular di laman sosial Facebook mengenai ribuan ikan mati di Sungai Tumboh.
Isu sama turut dikongsi Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dalam laman facebook rasmi beliau.
Menurut Tuan Ibrahim, beliau menerima beberapa keping gambar dan video menunjukkan banyak ikan mati di Sungai Tumboh.
Beliau telah minta pihak JAS untuk melakukan siasatan segera.
Rosli berkata JAS Perak akan meneruskan siasatan lanjut hari ini.
Topic Berkaitan
#ikan mati
#Jabatan Alam Sekitar
#JAS
#sungai tumboh
#Kampung Gajah
#rosli zul
#tiga potensi
#jabatan perikanan
#Tuan Ibrahim Tuan Man
#lombong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan