Aktiviti melacur: 9 anggota kumpulan 'Geng Jackie' didakwa

Astro Awani
Disember 22, 2019 07:09 MYT
Antara sembilan individu didakwa di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, hari ini, atas tuduhan mengganggotai kumpulan jenayah terancang -Geng Jackie- untuk kegiatan pelacuran sejak kira-kira tiga tahun lalu. - Foto BERNAMA
Sembilan individu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru atas pertuduhan menganggotai kumpulan jenayah terancang atau ‘Geng Jackie’ untuk kegiatan pelacuran sejak tiga tahun lalu.
Mengikut kertas pertuduhan, Fong Yan Ching, Tay Boon Soon, Chong Jin Xiang, Wong Yoke Moy, Go Boon Keong, Chang Soon Fah dan Wong Teck Kwang dituduh menjadi ahli Geng Jackie antara 30 November 2017 hingga 28 November lalu.
Turut dituduh seorang warga Bangladesh, Md Jhaidul Islam dan warga Thailand, Arnon Boonrod.
Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan di hadapan Hakim Kamaruddin Kamsun.
Kesemua mereka berumur antara 24 hingga 51 tahun dituduh mengikut seksyen 130V (1) Kanun Keseksaan (Akta 574).
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwaraya, Rohaiza Abdul Rahman dan Nadia Zulkefli.
Manakala Go Boon Keong, Wong Teck Kwang dan Chang Soon Fah diwakili peguam, Abdul Rahim Ali dan Jihad Syahidah Nadia Zakaria.
Sementara Wong Yoke Moy diwakili peguam Mohd Ashram Zakaria.
#aktiviti pelacuran #Geng Jackie #geng jackie tumpas #jenayah #Johor Bahru #mahkamah #Mahkamah Sesyen #persundalan