Aktiviti penggambaran, operasi pawagam dibenarkan - FINAS

Hilmi Malik
Mac 2, 2021 13:25 MYT
Aktiviti sedemikian bagaimanapun perlu merujuk garis panduan atau SOP yang telah dikeluarkan MKN. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Aktiviti penggambaran serta tayangan filem di pawagan dibenarkan di seluruh negeri yang berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Bersyarat (PKPB) dan PKP Pemulihan (PKPP).
Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dalam satu kenyataan pada Selasa memaklumkan, perkara itu selaras dengan pengumuman kerajaan berhubung kebenaran tersebut bermula pada 5 Mac sehingga 18 Mac.
“Bagaimanapun ia perlu merujuk garis panduan atau Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah dikeluarkan pihak MKN (Majlis Keselamatan Negara).
“Perkara ini (antara lain) termasuk proses pembersihan dan nyah kuman premis serta aspek penjarakan fizikal,” katanya menerusi kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu lagi, kebenaran itu bagaimanapun tidak termasuk Sabah.
Sebelum ini, pembukaan pawagan serta aktiviti penggambaran filem dan sebagainya dilarang.
#filem #SOP #FINAS #perintah kawalan pergerakan #PKPB #PKPP #Penggambaran #panggung wayang #pawagam #tayangan filem #dibenarkan