Terkini: Kes Kematian pelatih Palapes UTM – Ikuti Perkembangan di Sini
GADGETS

'Alafasy' aplikasi gaya hidup Muslim dengan fokus waktu solat dan al-Quran

Amanz 26/08/2025 | 05:15 MYT
Aplikasi Alafasy dibangunkan bersama Sheikh Mishary Rashid Alafasy dan pembangun tempatan, menawarkan waktu solat, azan, bacaan al-Quran, nasyid, zikir serta audio bacaan beliau. -Amanz
TERDAPAT beberapa aplikasi gaya hidup muslim di pasaran hari ini, dan terbaharu ialah Alafasy dengan tema “Kompas Rohani Sepanjang Hayat Anda”.


Ringkasan AI
  • Aplikasi Alafasy dibangunkan bersama Sheikh Mishary Rashid Alafasy dan pembangun tempatan, menawarkan waktu solat, azan, bacaan al-Quran, nasyid, zikir serta audio bacaan beliau.
  • Ia turut menyediakan ciri interaktif seperti pemilihan emosi atau doa semasa, paparan ayat berkaitan, kompas kiblat, dan senarai masjid berdekatan.
  • Ciri pensijilan bacaan al-Quran akan ditambah, dan aplikasi ini boleh dimuat turun secara percuma di Android dan iPhone.


Aplikasi Alafasy dibangunkan bersama oleh Sheikh Mishary Rashid Alafasy bersama pembangun tempatan, dan dioptimasikan untuk penggunaan para pengguna beragama Islam di seluruh dunia.

Aplikasi ini menyertakan sokongan waktu solat dan juga notifikasi azan, di samping menyertakan sokongan bacaan al-Quran melaluinya. Pengguna turut boleh mendengar kepada audio bacaan Sheikh Mishary Alafasy melalui aplikasi ini, selain nasyid dan juga zikir.

Pada halaman utama aplikasi Alafasy, pengguna turut boleh memilih emosi atau doa semasa, dan ia akan memaparkan ayat berkaitan kepada pengguna.

Sebuah menu kiblat turut disertakan bersama-sama kompas, dan juga senarai masjid atau surau berdekatan dengan pengguna.

Pembangunnya turut mengatakan bakal menyertakan ciri pensijilan akan ditambah, membolehkan pengguna mendapatkan pensijilan bacaan al-Quran yang disahkan pengesah bertauliah.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun aplikasi Alafasy secara percuma di Android dan iPhone hari ini. -Amanz





#Al-Quran #Alafasy #Sheikh Mishary Rashid Alafasy #Kompas Rohani Sepanjang Hayat Anda