MELAKA: Seorang bomoh lelaki yang juga jurulatih Muay Thai mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis atas tuduhan mencabul seorang pelajar perempuan dengan alasan untuk membuang 'pendamping'.
Hakim bagaimanapun menangguhkan hukuman terhadap tertuduh, Zemi Rahim, 50, pada 3 November depan bagi menunggu laporan penuh fakta kes daripada pihak pendakwaan.
Berdasarkan kesemua empat pertuduhan, Zemi didapati telah melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja perempuan berusia 16 tahun dan dua bulan.
Kesalahan itu didakwa dilakukan tertuduh di kawasan semak di Jalan Taman Malim Jaya dan perindustrian berdekatan sebuah pasar raya di Cheng di sini, antara September hingga 9 Oktober lalu.
Pendakwaan dijalankan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 dan boleh dihukum di bawah Seksyen kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebat, bagi setiap pertuduhan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Nazrin Ali Rahim manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Sinar Harian pada Selasa melaporkan mangsa dicabul dan dirogol sebanyak empat kali oleh seorang bomoh yang mendakwa terdapat pendamping badan mangsa.
Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah berkata, suspek berusia 50 tahun dan bekerja sebagai jurulatih Muay Thai datang ke rumah mangsa yang merupakan anak bongsu tiga beradik pada Ogos lalu bagi merawat ibu saudara mangsa yang dipercayai mengalami gangguan sihir.
Namun menurutnya, setelah melihat mangsa, suspek yang mendakwa mempunyai kepakaran dalam perubatan tradisional memberitahu kepada ibu mangsa berusia 48 tahun untuk mengubati mangsa yang terdapat pendamping pada badan mangsa.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Oct 19 2023
Zemi (tengah) ketika dibawa ke Mahkamah Sesyen Melaka pada Khamis. - Foto Sinar Harian
BNM umum penyelesaian kenaikan kadar premium insurans perubatan tidak lama lagi - Fahmi
Bank pusat itu masih memerlukan sedikit masa sebelum membuat pengumuman.
Raja Charles III lawat mercu tanda ikonik Battersea Power Station
Raja Charles III meluangkan masa melawat Battersea Power Station, lokasi ikonik di tebing Sungai Thames, pada Khamis untuk menyaksikan pelbagai aktiviti sempena musim perayaan dan bertemu pemilik perniagaan kecil serta komuniti setempat.
Jualan kenderaan hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat
Jualan global bagi kenderaan jenis hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat untuk bulan ketujuh berturut-turut pada bulan November.
Polis tahan Papagomo berkaitan kes tipu kutipan dana
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan berkaitan kes tipu.
Kanada akan bertindak sekiranya Trump teruskan ancaman tarif
Kanada berupaya memotong bekalan tenaga ke beberapa bahagian di Amerika Syarikat jika Presiden Terpilih Donald Trump meneruskan ancaman mengenakan tarif ke atas Kanada.
Sidang kerja ekonomi pusat China atur pelan kerja 2025
Presiden China Xi Jinping dalam ucapannya pada sidang itu merumuskan kerja ekonomi China sepanjang 2024, di samping menganalisis situasi ekonomi semasa, selain mengaturkan kerja ekonomi pada 2025.
Gaji penengah Malaysia belum cukup tangani cabaran kos sara hidup
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, Hafidzi Razali, walaupun gaji penengah rakyat, RM2,700 kelihatan memadai di atas kertas, tetapi hakikatnya, lebih separuh rakyat Malaysia bergelut dengan bebanan hidup dan sukar mencapai kualiti asas hidup yang baik. Katanya, masalah ini perlu diatasi secara menyeluruh untuk memastikan rakyat benar-benar merasai manfaat pembangunan negara.
Prospek neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025, mencerminkan kekuatan lembaran imbangan mereka dan prospek pertumbuhan stabil dan sebahagian besarnya mengimbangi turun naik dan ketidaktentuan global terhadap pembangunan ekonomi dan geopolitik.
Pemulihan sektor pelancongan, permintaan pengguna dijangka meningkat
Permintaan pengguna dijangka akan meningkat pada tahun hadapan susulan pemulihan sektor pelancongan.
Keuntungan industri penerbangan global dijangka terus kukuh pada 2025
Industri penerbangan global diunjur memperkukuh keuntungan pada 2025 dengan keuntungan bersih 36.6 bilion Dolar Amerika atau RM161.8 bilion.
Alasan buang 'pendamping', bomoh mengaku cabul pelajar di semak
Seorang bomoh mengaku bersalah atas tuduhan mencabul seorang pelajar perempuan dengan alasan untuk membuang 'pendamping'.