Purata pertumbuhan penduduk pada 2030 nanti dijangka menjunam hingga 0.7 peratus berbanding 2 .6 peratus sekitar tahun 90-an.
Kahwin lewat dikenal pasti sebagai punca utama penurunan tersebut.
Persoalannya, apakah faktor yang mendorong pasangan lewat berkahwin?
Berdasarkan statistik Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), sejak tahun 80-an hingga 2000, purata kadar kelahiran di negara ini adalah sekitar 2.6 peratus.
Namun, ia menurun tahun demi tahun di mana purata kadar kelahiran di negara ini dijangka menjunam kepada 0.7 peratus menjelang 2030.
Sebab Utama Lewat Kahwin
Tiada pasangan yang sesuai, kekangan kewangan dan faktor pengembangan kerjaya menjadi sebab utama yang mendominasi dapatan kajian LPPKN menerusi Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia Kelima (KPKM-5).
Memetik dapatan kajian tersebut, 56 peratus responden lelaki berpandangan masalah kewangan menjadi punca utama mereka lewat berkahwin.
Berbeza bagi golongan wanita, tiada pasangan yang sesuai dilihat sebagai punca utama kepada 35.7 peratus golongan tersebut yang memilih untuk berkahwin lewat.
Kajian tersebut juga menunjukkan 86.8 peratus responden mempunyai keinginan untuk berkahwin di mana 31 tahun merupakan min umur untuk berkahwin.
Menerusi kajian tersebut, penakrifan umur perkahwinan lewat adalah sekitar 37 tahun kepada lelaki dan 33 tahun kepada wanita.
Bagi setiap responden, mereka mengimpikan pasangan yang mempunyai ciri-ciri seperti beragama, bertanggungjawab dan sopan.
Tempoh Kesuburan Semakin Pendek
Menurut Ketua Pengarah LPPKN, Datuk Dr. Siti Norlasiah Ismail, jika pada sekitar tahun 80-an, rata-rata golongan hawa mendirikan rumah tangga di awal usia remaja berbanding pada usia 28 tahun pada masa kini.
"Apabila mereka (wanita) lama dalam meningkatkan taraf pendidikan mereka, ia akan memendekkan masa mereka untuk melahirkan anak.
"Jadi apabila wanita masuk ke alam perkahwinan pada usia 28 tahun, kadar kesuburan mereka semakin pendek di mana sekitar usia 49 atau 50 tahun akan menopos," katanya kepada Astro AWANI.
Perancangan Keluarga Terkesan
Selain itu, kekangan kewangan juga antara faktor bukan sahaja lewat berkahwin, tetapi memberi kesan kepada perancangan keluarga untuk memiliki anak.
Purata sekarang dianggarkan satu keluarga mempunyai dua orang anak.
"Ini bermakna, sistem sokongan itu diperlukan oleh suami dan isteri. Seperti saya katakan, jika wanita itu mendesak dan membuat keputusan untuk tidak mempunyai anak, bermakna si suami juga terpaksa menerima keputusan tersebut.
"Jadi sokongan keluarga itu perlu ada termasuk sokongan dari segi sokongan taska atau penjagaan anak. Kewangan juga perlu stabil. Ini kerana faktor-faktor sebegini akan menentukan wanita itu mempunyai anak ataupun tidak," jelas Dr Siti Norlasiah.
Beliau berkata demikian kepada Astro AWANI selepas membentangkan kertas kerja Nuptualiti, Kesuburan dan Penggunaan Perancang Keluarga pada Majlis Pelancaran Laporan Penemuan Utama Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia Kelima di sini hari ini.
Harits Asyraf Hasnan
Wed Feb 24 2016
Tiada pasangan yang sesuai, kekangan kewangan dan faktor pengembangan kerjaya menjadi sebab utama yang mendominasi dapatan kajian LPPKN. - Gambar Hiasan
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
Alasan wanita kahwin lambat: Tiada calon sesuai!
Tiada pasangan yang sesuai, kekangan kewangan dan faktor pengembangan kerjaya menjadi sebab utama yang mendominasi dapatan kajian LPPKN.