awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Alat memasak stimbot meletup: Empat sekeluarga cedera

Bernama
Bernama
20/06/2022
03:40 MYT
Alat memasak stimbot meletup: Empat sekeluarga cedera
Mangsa mengalami kecederaan ringan pada kulit akibat letupan dari dapur alat memasak stimbot ketika mula dihidupkan. - Foto JBPM Sabah
KOTA KINABALU: Empat sekeluarga termasuk dua kanak-kanak cedera apabila alat memasak stimbot di sebuah restoran meletup dalam kejadian di Alam Mesra di sini, malam tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah Misran Bisara berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian pada pukul 9.06 malam dan 16 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Lintas dikejarkan ke lokasi kejadian.
"Mangsa mengalami kecederaan ringan pada kulit akibat letupan dari dapur alat memasak stimbot ketika mula dihidupkan," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Beliau berkata mangsa kanak-kanak yang cedera itu dihantar orang awam ke hospital sebelum pasukan bomba tiba di lokasi.
"Mangsa dewasa diberi rawatan awal pihak Kementerian Kesihatan di lokasi sebelum dibawa ke hospital menggunakan ambulans," katanya menambah pihak bomba melakukan pemeriksaan menyeluruh di restoran berkenaan bagi memastikan tiada unsur bahaya dan operasi ditamatkan pada pukul 9.41 malam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#alat memasak stimbot meletup
#restoran
#Bomba Sabah
#cedera
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan