awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
“Mak pergi dengan satu nafas yang tenang, dia tersenyum…” - Anuar Zain sebak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Alat mesin 'sealer' Hospital Sultanah Aminah terbakar

Astro Awani
Astro Awani
10/09/2017
01:51 MYT
Alat mesin 'sealer' Hospital Sultanah Aminah terbakar
Panggilan terhadap pihak bomba dibuat bagi tujuan kecemasan dan pemeriksaan lanjut untuk memastikan keselamatan di hospital itu tidak terjejas. - Foto Ihsan JBPM Johor
Satu kebakaran kecil berlaku melibatkan sebuah alat ‘machine sealer’ di Bilik Packing Dewan Bedah Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini petang semalam namun tiada sebarang kecederaan atau kemalangan lain berlaku..
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan Johor, Datuk Ayub Rahmat berkata kejadian sekitar jam 3.50 petang itu disedari seorang jururawat yang ternampak percikan api dari mesin 'sealer' terbabit.
"Jururawat berkenaan ternampak api terpercik keluar daripada 'machine sealer' itu. Tindakan pemadaman api dilakukan serta-merta mengikut protokol sedia ada dan api dapat dipadamkan dengan segera," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.
Alat 'machine sealer' ini digunakan pada setiap syif bertujuan untuk membungkus  peralatan pembedahan sebelum dihantar ke unit Central Sterile Service Unit (CSSU) untuk disterilkan.  – Foto JBPM
Alat 'machine sealer' ini digunakan pada setiap syif bertujuan untuk membungkus peralatan pembedahan sebelum dihantar ke unit Central Sterile Service Unit (CSSU) untuk disterilkan. – Foto JBPM
Kata beliau lagi, panggilan terhadap pihak bomba dibuat bagi tujuan kecemasan dan pemeriksaan lanjut untuk memastikan keselamatan tidak terjejas.
Pihak bomba yang tiba jam 4 petang kemudiannya menasihatkan agar kawasan kejadian dikuarantin sehingga siasatan lanjut.
Sebagai langkah keselamatan, empat dewan bedah berdekatan ditutup buat sementara waktu.
"Bagaimanapun, perkhidmatan pembedahan yang sudah dirancang masih diteruskan seperti biasa menggunakan dewan bedah lain dan prosedur pembungkusan peralatan pembedahan masih boleh dijalankan dengan menggunakan ‘machine sealer’ lain," katanya lagi.
Kesemua dewan bedah mula beroperasi semula pagi ini.
Topic Berkaitan
#API
#bomba
#Hospital
#kebakaran
#keselamatan
#machine sealer
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan