awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Vietnam dakwa tiga individu berkaitan perdagangan haram 8.4 bilion akaun e-mel curi
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Alat pengesan logam, penyelam bantu cari badan helikopter

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
08/05/2016
04:45 MYT
Alat pengesan logam, penyelam bantu cari badan helikopter
Azharuddin memberikan taklimat kepada pihak media di Ibu Pejabat DCA Wilayah 3, di Kuching hari ini. - Foto Astro AWANI / Harits Asyraf Hasnan
Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) kini menggunakan alat pengesan logam bagi mengesan rangka utama helikopter dalam nahas di Sebuyau, Khamis lalu.
Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman berkata setelah sistem tersebut mengesan logam di dasar sungai, pihak SAR akan menghantar pasukan penyelam bagi mengenalpasti objek tersebut.
"Kita tidak menggunakan sistem sonar, kita gunakan alat pengesan logam yang akan diusahakan oleh agensi-agensi untuk mencari bangkai pesawat ini.
"Sekiranya ada terdapat isyarat ada logam di dalam sungai tersebut, kita akan berusaha untuk mendapatkan penyelam-penyelam," katanya kepada media di Ibu Pejabat DCA Wilayah 3, di sini hari ini.
LAPOR LANGSUNG: Misi SAR disambung
Ketika ini katanya seramai 650 anggota daripada pelbagai agensi terlibat dalam operasi SAR dan siasatan nahas tersebut.
etua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman meninjau Bilik Operasi Mencari dan Menyelamat SAR di Ibu Pejabat DCA Wilayah 3, Kuching
Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman meninjau Bilik Operasi Mencari dan Menyelamat SAR di Ibu Pejabat DCA Wilayah 3, Kuching. - Foto Astro AWANI / Megat Mohd Iskandar
Selain itu katanya, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) turut menemui beberapa lagi serpihan helikopter tersebut.
"Penemuan terbaru oleh APMM adalah sebuah kusyen, belum dikenal pasti, diyakini daripada helikopter tersebut di kawasan Pulau Triso dekat muara Batang Lupar dan penemuan terbaru juga adalah ekor pesawat di Sungai Merah, lebih kurang 4 kilometer timur laut, Lingga," katanya.
Beliau pada masa sama enggan mengesahkan spekulasi bahawa helikopter tersebut telah membawa lebih muatan dalam penerbangan tersebut.
Justeru, pihaknya akan meneruskan siasatan menerusi Biro Siasatan Kemalangan Udara yang diketuai oleh Datuk Kapten Yahya Abdul Rahman.
Ketika ini katanya seramai 650 anggota daripada pelbagai agensi terlibat dalam operasi SAR dan siasatan nahas tersebut.
Ketika ini kata Azharuddin seramai 650 anggota daripada pelbagai agensi terlibat dalam operasi SAR dan siasatan nahas tersebut. - Astro AWANI / Megat Mohd Iskandar
Laporan awal siasatan akan dikeluarkan Kementerian Pengangkutan sebulan selepas nahas berkenaan berlaku.
Topic Berkaitan
#AZHARUDDIN ABDUL RAHMAN
#DCA
#Eurocopter AS350
#helikopter hilang
#Jabatan Penerbangan Awam
#mencari dan menyelamat
#SAR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan