[LAPOR LANGSUNG] Inkues Zara Qairina – Kemas Kini Terkini & Fakta Penting – Ikuti Di Sini.
GADGETS

Albania lantik chatbot AI jadi menteri tangani masalah rasuah

Amanz 12/09/2025 | 06:45 MYT
Langkah ini dilihat sebagai tindakan drastik dan unik dalam usaha membanteras korupsi dalam pentadbiran. -Gambar hiasan/Amanz
ISU RASUAH melibatkan menteri dan penjawat awam ialah pandemik yang masih belum berjaya dihapuskan.


Ringkasan AI
  • Albania melantik chatbot AI bernama Diella sebagai menteri kabinet untuk memerangi rasuah dalam pemberian kontrak kerajaan.
  • Diella tidak boleh dipengaruhi oleh rasuah, pujian, ugutan atau lobi kerana ia bukan manusia.
  • Langkah ini dilihat sebagai tindakan drastik dan unik dalam usaha membanteras korupsi dalam pentadbiran.


Albania, sebuah negara Balkan yang bergelut dengan isu korupsi melibatkan agensi kerajaan, melantik sebuah chatbot AI diberi nama "Diella" sebagai menteri kabinet dengan tujuan khusus menentang rasuah pemberian kontrak kerajaan.

Diella yang bermaksud matahari ialah menteri kabinet pertama bukan manusia Albania dan juga dunia. Kerana ia bukan manusia ia tidak boleh menerima rasuah, dipuji, dilobi, digoda atau diancam untuk memberikan kontrak kerajaan kepada individu tertentu.

Ini adalah satu tindakan drastik dan agak menarik. Sebelum ini Perdana Menteri Sweden dikecam rakyat selepas mengaku menggunakan ChatGPT bagi mendaratkan idea mengenai polisi yang boleh digunakan pentadbiran beliau. -Amanz





#ChatGPT #Albania #chatbot AI #Delia