MALAYSIA

'Alhamdulillah… Medina stabil selepas pemindahan hati'

Sinar Harian 24/12/2025 | 08:00 MYT
Medina (tengah) di samping ibu bapanya sebelum menjalani pembedahan pemindahan hati di China pada Selasa. -Foto Sinar Harian
MELAKA: Adik Nur Asyura Medina Muhammad Ikmal Haziq yang menghidap penyakit biliary atresia selamat menjalani pembedahan pemindahan hati di China pada Selasa dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil, namun masih ditidurkan di unit rawatan rapi (ICU).


Ringkasan AI
  • Adik Nur Asyura Medina Muhammad Ikmal Haziq menjalani pembedahan pemindahan hati di China dan berada dalam keadaan stabil, ditidurkan di unit rawatan rapi (ICU) selepas prosedur berjalan lancar tanpa komplikasi.
  • Penderma hati bagi Medina, ayahnya, Muhammad Ikmal Haziq Mazlan, juga menjalani pembedahan yang berjaya sebelum anaknya.
  • Keseluruhan kos pembedahan Medina yang dijangka sekitar RM180,000 ditampung sebahagian dengan sumbangan peribadi RM120,000 daripada Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh; Medina akan meneruskan rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) selepas kembali ke Malaysia.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini

Ibunya, Norfazlinah Ibrahim, 28, berkata, pembedahan anaknya yang berusia dua tahun empat bulan itu berlangsung lebih tujuh jam dan berjalan lancar tanpa sebarang komplikasi.

Menurutnya, prosedur pembedahan bermula sekitar jam 9 pagi dan selesai kira-kira jam 4.30 petang.

“Alhamdulillah, pembedahan Medina dan ayahnya sebagai penderma hati berjalan dengan baik. Saya dimaklumkan oleh doktor bahawa keadaan Medina stabil dan tiada komplikasi setakat ini.

“Buat masa ini, doktor menasihatkan supaya Medina terus ditidurkan selama empat hingga lima hari bagi memberi masa kepada tubuhnya berehat sepenuhnya selepas pembedahan,” katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Katanya, anak sulungnya itu kini ditempatkan di ICU dan hanya akan dipindahkan ke wad biasa selepas keadaannya benar-benar stabil.

“Buat masa ini, doktor belum membenarkan kami menemani Medina di ICU dan hanya dibenarkan berada di sisinya selepas dipindahkan ke wad biasa nanti.

“Sebelum menjalani pembedahan, Medina mengalami jangkitan pada paru-paru, jadi doktor mahu memastikan jangkitan itu benar-benar pulih sebelum tiub pernafasan dikeluarkan,” katanya.

Mengulas tempoh rawatan di China, Norfazlinah berkata, pihaknya masih belum dimaklumkan tempoh sebenar dan ia bergantung kepada perkembangan kesihatan Medina.

“Anggaran mungkin sekitar sebulan, bergantung kepada keadaan Medina. Selepas pulang ke Malaysia nanti, Medina akan dimasukkan ke wad di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan susulan,” katanya.

Medina merupakan anak tunggal kepada Norfazlinah dan suaminya, Muhammad Ikmal Haziq Mazlan, 24, yang mendermakan sebahagian hatinya bagi pembedahan tersebut.

Terdahulu, Muhammad Ikmal Haziq dimasukkan ke bilik pembedahan terlebih dahulu sekitar jam 9 pagi dan pembedahannya selesai kira-kira empat jam kemudian.

Dalam pada itu, Norfazlinah turut merayu agar rakyat Malaysia terus mendoakan kesembuhan anaknya.

“Saya berharap semua terus mendoakan Medina walaupun sudah selesai menjalani pembedahan. Jangan pernah putus untuk mendoakan anak saya agar terus kuat dan cepat sembuh,” katanya.

Derita Medina sebelum ini mendapat perhatian Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh yang menyumbangkan dana peribadi sebanyak RM120,000 bagi menampung keseluruhan kos pembedahan berjumlah RM180,000.

Sumbangan itu merupakan simpanan beliau untuk menunaikan ibadah haji bersama isteri, namun digunakan bagi membantu mencukupkan dana demi menyelamatkan nyawa kanak-kanak berkenaan.

Medina yang ditemani ibu bapanya berangkat ke China bagi menjalani pembedahan minggu lalu dan Dr Akmal yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau turut hadir ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur bagi memberikan sokongan moral. -Sinar Harian




Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Bagaimana perkembangan terkini Adik Nur Asyura Medina selepas menjalani pembedahan pemindahan hati di China?
    A: Adik Nur Asyura Medina dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan ditidurkan di unit rawatan rapi (ICU) selepas pembedahan yang berjalan lancar tanpa komplikasi.
  • Q: Apakah yang perlu dilakukan oleh Medina selepas pembedahan?
    A: Medina perlu ditidurkan selama empat hingga lima hari bagi memberi masa kepada tubuhnya berehat sepenuhnya sebelum dipindahkan ke wad biasa.
  • Q: Siapakah yang mendermakan sebahagian hatinya bagi pembedahan Medina?
    A: Suami Medina, Muhammad Ikmal Haziq Mazlan, 24, merupakan penderma hati bagi pembedahan tersebut.
  • Q: Berapakah jumlah sumbangan dana peribadi yang diberikan oleh Ketua Pemuda UMNO untuk kos pembedahan Medina?
    A: Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh menyumbangkan dana peribadi sebanyak RM120,000 bagi menampung sebahagian daripada kos pembedahan berjumlah RM180,000.
  • Q: Apa yang diharapkan oleh ibu Medina kepada rakyat Malaysia berkenaan kesihatan anaknya?
    A: Norfazlinah, ibu Medina, merayu agar rakyat Malaysia terus mendoakan kesembuhan anaknya dan berharap agar doa terus diberikan agar Medina cepat sembuh.



#Nur Asyura Medina Muhammad Ikmal Haziq #biliary atresia #pembedahan pemindahan hati #PPUM #Muhamad Akmal Saleh