MALAYSIA
'Alhamdulillah' - PM sambut positif pengukuhan ringgit
Anwar menyambut positif tentang pengukuhan nilai ringgit pada paras 3.99 berbanding dolar AS. - Foto fail/BERNAMA
PUTRAJAYA: Pengukuhan nilai ringgit yang mencecah paras psikologi 3.99 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) disambut positif Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim susulan keyakinan terhadap hala tuju ekonomi negara.
“Alhamdullilah,” katanya ringkas kepada media selepas Majlis Peluncuran Sambutan 120 Tahun Jabatan Audit Negara di Dewan Perdana Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) Putrajaya pada Isnin.
Pada jam 2.27 petang Jumaat, ringgit mengukuh kepada 3.9992 berbanding dolar AS, paras paling kukuh dalam tempoh lebih tujuh tahun.
Kali terakhir ringgit berada pada paras tersebut adalah pada 18 Jun 2018 apabila mencecah 3.9960/9990 berbanding dolar AS.
Sebelum ini, penganalisis ekonomi mengunjurkan ringgit diniagakan dalam julat berkenaan pada separuh pertama 2026 sebelum mengukuh ke arah 3.94 pada separuh kedua tahun ini, disokong prospek ekonomi Malaysia yang lebih positif.
Mereka turut berpandangan pengukuhan itu didorong jangkaan pengurangan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan AS serta beberapa faktor berkaitan AS yang terus memberi tekanan ke atas nilai dolar AS.