MALAYSIA
Ali Awwal Bistro tawar gabungan rasa dan hiburan, jadi pilihan warga Meru
Sikkanthar Shajakhan (kiri) kini mengendalikan dua cawangan Ali Awwal Bistro hasil usaha gigih dan sokongan pelanggan setia. -Gambar Astro
KLANG: Terletak di tengah-tengah komuniti Meru, Ali Awwal Bistro bukan sekadar sebuah restoran biasa.
Ringkasan AI
Ia kini menjadi pilihan utama penduduk sekitar yang mencari hidangan autentik dengan suasana santai serta diperkukuh lagi dengan hiburan siaran langsung menerusi langganan Astro BizOne.
Bermula dengan impian kecil, pengurus restoran Sikkanthar Shajakhan kini mengendalikan dua cawangan Ali Awwal Bistro hasil usaha gigih dan sokongan pelanggan setia.
“Saya sejak kecil selalu datang sini. Saya mahu tengok pelanggan dapat yang paling terbaik.
"Sekarang, Alhamdulillah, saya buka cawangan ini dan sekarang dah ada dua,” katanya sambil mengimbas kembali detik awal perniagaannya.
Menurut Sikkanthar, antara menu yang paling mendapat sambutan ialah nasi kandar, naan tandoori, dan roti canai.
“Pelanggan perlu cuba nasi kandar di sini. Untuk malam, roti naan tandoori. Pagi-pagi, ramai orang makan roti canai dengan dhal. Paling terbaik di Klang, Meru,” kata Sikkanthar.
Tambah beliau, langganan Astro BizOne telah memberi impak positif kepada perniagaannya, terutamanya ketika musim bola sepak.
“Sebelum melanggan Astro BizOne, kuranglah orang. Tapi sekarang, ramai customer datang nak tengok bola, movie pun ada.
"Sampai pukul 12 tengah malam pun masih ada orang datang tanya nak buka bola,” katanya.
Suasana di bistro ini sentiasa meriah, terutamanya pada waktu malam apabila pelanggan datang bukan sahaja untuk menjamu selera, tetapi juga menonton siaran langsung perlawanan bola sepak.
Bagi Rizalman Abu Kamit, pelanggan tetap restoran itu, keenakan kari dan capati yang sukar didapati di Meru menjadikan Ali Awwal pilihan utama.
“Memang saya kalau lepas Maghrib, selalunya saya lepak kat sini. Dah banyak kedai saya pergi, tapi sini kari dia sedap, dan saya suka dia punya capati,” katanya.
Seorang lagi pelanggan, Saufi Izzarul, berkata suasana malam di restoran itu sangat sesuai untuk bersantai bersama rakan-rakan sambil menikmati hidangan seperti Maggi goreng dan roti canai.
“Kadang nak tengok bola live juga, suasana malam best la dekat sini kalau nak lepak ramai-ramai dengan kawan,” ujarnya.
Sementara itu, Kamarulzaman Mohd Tahir menyifatkan musim bola sepak menambah kemeriahan suasana di restoran itu.
“Musim bola sangat happening, ramai yang datang lepak sambil makan dan tonton bola. Suasana meriahlah sebab tak sama vibe dia kalau tonton sendiri dekat rumah,” katanya.
Kejayaan Ali Awwal Bistro membuktikan bagaimana perniagaan kecil mampu berkembang apabila disokong komuniti setempat dan menyesuaikan tawaran dengan keperluan pelanggan.
Untuk peniaga lain yang ingin menggandakan potensi perniagaan mereka, AstroBIZ kini menawarkan pelan ganjaran eksklusif melalui Astro BizOne Rewards.
Ringkasan AI
- Ali Awwal Bistro di Meru berkembang daripada impian kecil menjadi dua cawangan popular, menawarkan hidangan autentik seperti nasi kandar, naan tandoori dan roti canai dalam suasana santai.
- Langganan Astro BizOne meningkatkan jumlah pelanggan, terutama ketika musim bola sepak, menjadikan restoran sebagai tempat lepak malam yang meriah dengan siaran langsung dan hiburan.
- Sokongan komuniti setempat serta penyesuaian tawaran kepada keperluan pelanggan menjadi kunci kejayaan bistro ini, yang kini menjadi contoh perniagaan kecil yang berjaya berkembang.