awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cuci, jual semula lebihan makanan: Restoran diarah tutup 14 hari - JKNNS
Kerajaan Persekutuan, Sarawak setuju nilai RM1.8 bilion ambil alih Pelabuhan Bintulu
Jeti baharu tingkat pendapatan nelayan hingga 20 peratus di Kg Jilid 8
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ali Rustam: Tarik balik taraf penduduk tetap pemilik resort warga Singapura

Irwan Muhammad Zain
Irwan Muhammad Zain
14/08/2013
11:46 MYT
Ali Rustam: Tarik balik taraf penduduk tetap pemilik resort warga Singapura
Bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam mencadangkan agar taraf penduduk tetap yang dimiliki oleh pemilik resort warga Singapura ditarik balik.
Dalam satu kenyataan, Ali berkata, individu terbabit juga perlu dilarang daripada memasuki negara ini di masa akan datang.
Katanya tindakan itu sebagai pengajaran kepada mana-mana pihak supaya tudak mengulangi perkara yang sama.
Ekoran kejadian sekumpulan penganut Buddha warga Singapura menggunakan surau di sebuah resort di Kuala Sedili, Kota Tinggi, pemilik resort berusia 45 tahun direman empat hari bermula semalam, bagi membantu siasatan.
Dia disiasat mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan iaitu mencemarkan tempat ibadat dengan niat hendak mengaibkan agama mana-mana golongan.
Jika sabit kesalahan, suspek boleh dihukum penjara dua tahun atau denda atau kedua-dua sekali.
Sementara itu Penasihat Majlis Agama Negeri Johor (MAINJ) Datuk Nooh Gadut menghargai permohonan maaf Ketua Sami Buddha Malaysia Datuk K Sri Dhammaratana Nayake atas tindakan sekumpulan penganut agama itu dari Singapura mengadakan sesi meditasi di surau sebuah resort di Sedili Besar, Kota Tinggi, Sabtu lepas.
"Saya ingin mengucapkan penghargaan dan rasa bangga saya terhadap tindakan beliau memohon maaf kepada umat Islam di negara ini semalam. Tindakan ini merupakan suatu langkah yang amat terpuji walaupun beliau sendiri tidak mengetahui perbuatan yang dilakukan oleh warga asing itu.
"Justeru, saya minta seluruh masayarakat Islam menerima permohonan maaf ini serta jaminan bahawa kejadian itu tidak akan berulang," katanya kepada Bernama hari ini.
Topic Berkaitan
#Ali Rustam
#Nooh Gadut
#resort
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan