GADGETS

Alibaba bangunkan cip AI baharu, saingi NVIDIA di China

Amanz 01/09/2025 | 03:30 MYT
Alibaba bangunkan cip pemprosesan khas untuk inferens AI yang setara dengan prestasi cip NVIDIA. -Amanz
ALIBABA, syarikat induk sebalik Lazada dan sejumlah perkhidmatan lain, turut memfokuskan kepada kecerdasan buatan melalui penawaran Qwen.


Ringkasan AI
  • Alibaba bangunkan cip pemprosesan khas untuk inferens AI yang setara dengan prestasi cip NVIDIA.
  • Pengeluaran cip dilakukan di China sebagai usaha mengurangkan kebergantungan kepada teknologi luar, selari dengan sekatan AS.
  • Selain Alibaba, syarikat China lain seperti Huawei turut membangunkan penyelesaian AI dan semikonduktor tersendiri.


Selari dengannya, ia turut dilihat Alibaba sedang membangunkan penyelesaian semikonduktor dan perkakasan tersendiri dalam membolehkan model mereka beroperasi dengan baik.

Mengikut laporan terbaru, Alibaba telah bangunkan sebuah cip pemprosesan khas memfokuskan kepada inferens kecerdasan buatan, yang dikatakan menawarkan prestasi setara NVIDIA.

Namun, untuk tujuan latihan, Alibaba masih menggunakan cip pihak lain – tetapi perkara ini mungkin berubah tidak lama lagi.

Pengeluaran cip ini juga dikatakan dilakukan di China, dan bukannya melalui TSMC.

Dengan pelbagai sekatan yang dilakukan Amerika Syarikat, pihak China mula melihat kepada alternatif tempatan tersendiri, sekali gus membolehkan mereka tidak bergantung kepada teknologi pihak luar dan mempunyai penawaran tersendiri.

Ini sedia dibuktikan dengan penawaran Deepseek dan lain-lain yang dilihat setara atau lebih berkuasa berbanding penawaran barat, tetapi pada kos jauh lebih rendah.

Selain Alibaba, terdapat beberapa syarikat China lain yang turut sedang membangunkan penyelesaian masing-masing, termasuk Huawei. -Amanz



#Alibaba #cip pemprosesan #inferens AI #NVIDIA