[TERKINI] Mesyuarat Khas Thailand–Kemboja Capai Gencatan Senjata Serta-Merta – Baca Laporan Penuh Di Sini
GADGETS

Alibaba pertonton Quark Glasses, kaca mata pintar dilengkapi sokongan AI

Amanz 28/07/2025 | 05:40 MYT
Quark Glasses boleh memberi maklum balas persekitaran dan pembayaran melalui imbasan kod QR. -Amanz
SELAIN persaingan sengit dalam arena kecerdasan buatan, satu lagi arena yang perlihat persaingan sengit sejak kebelakangan ini adalah pembangunan kaca mata pintar.


Ringkasan AI
  • Persaingan dalam pembangunan kaca mata pintar semakin sengit dengan pelbagai syarikat teknologi termasuk Alibaba, Meta, Xiaomi dan Samsung memperkenalkan produk masing-masing yang dilengkapi sokongan kecerdasan buatan.
  • Alibaba telah memperkenalkan Quark Glasses yang boleh memberi maklum balas persekitaran dan membolehkan pembayaran melalui imbasan kod QR, dijangka dipasarkan tahun ini.
  • Kaca mata pintar berasaskan AI dijangka menjadi gajet utama masa depan, mendorong lebih banyak pihak bersaing dalam penawaran global.


Pelbagai pihak bersaing dalam memperkenalkan dan menawarkan produk mereka – yang mana ia hadir dilengkapi sokongan kecerdasan buatan dalam membolehkan pemakai kaca mata pintar berkenaan melakukan pelbagai perkara melaluinya.

Alibaba, gergasi dari China dan juga pemilik Lazada turut tidak ketinggalan.

Terbaharu, mereka telah mempertontonkan kaca mata pintar mereka tersendiri, dinamakan Quark Glasses. Ia turut hadir bersama sokongan kecerdasan buatan yang dibangunkan oleh Alibaba.

Alibaba mengatakan mereka telah selesai membangunkan kaca mata berkenaan, dan dijangka memasarkannya sekitar tahun ini.

Harga dan maklumat berkaitan dengannya tidak diketahui lagi.

Kaca mata berkenaan diperlihatkan boleh melakukan sejumlah perkara, termasuk memberikan maklumbalas berkaitan persekitaran, selain pemakainya boleh turut melakukan pembayaran dengan mengimbas kod QR terus ketika memakai kaca mata pintar berkenaan.

Kaca mata pintar dikuasakan AI ini dikatakan bakal menjadi salah satu gajet utama yang digunakan orang ramai bergerak ke hadapan, membuatkan pelbagai pihak bersaing dalam memperkenalkan penawaran masing-masing.

Sebelum ini, Meta sedia menawarkan kaca mata pintar mereka, selain Xiaomi turut melancarkannya baru-baru ini. Samsung turut dijangka memperlihatkan penawaran mereka dalam masa terdekat.

Dengan perkembangan ini, sama-sama kita melihat bagaimanakah dan apakah penawaran pihak lain, dan bilakah produk ini akan tersedia pada peringkat global. -Amanz




#kecerdasan buatan #kaca mata pintar #Quark Glasses #Alibaba