NATIONAL
Alif Anas umum bertanding Presiden Majlis Belia Negeri Pulau Pinang

Alif Anas mengumumkan kesediaan beliau untuk bertanding jawatan Presiden Majlis Belia Negeri Pulau Pinang pada pemilihan yang akan berlangsung pada 19 April ini.
BUTTERWORTH: Yang Dipertua Majlis Belia Daerah Seberang Perai Tengah, Alif Anas mengumumkan kesediaan beliau untuk bertanding jawatan Presiden Majlis Belia Negeri Pulau Pinang.
Berpengalaman luas dalam kepimpinan organisasi belia di peringkat negeri Pulau Pinang, Alif Anas berkata, optimis dengan potensi besar belia Pulau Pinang menjadi titik tolak kepada beliau untuk bersaing dalam pemilihan kali ini.
Sebagai penyandang jawatan Yang Dipertua Majlis Belia Daerah Seberang Perai Tengah sejak 2019, Alif Anas aktif memperjuangkan suara dan kepentingan belia di peringkat akar umbi hingga ke peringkat kebangsaan.
"Saya menawarkan diri untuk bertanding kerana percaya kepada potensi besar belia Pulau Pinang.“Saya mahu memastikan suara belia didengar, diiktiraf dan diberi peluang untuk turut membina masa depan negeri ini," ujar beliau semasa pengumuman tersebut pada Sabtu.
Menurut Alif Anas, sekiranya diberi kepercayaan, beliau tekad untuk memperkukuh jaringan pertubuhan belia, memperluas peluang pembangunan sahsiah dan ekonomi anak muda, serta memperjuangkan penglibatan aktif belia dalam proses pembangunan negeri.
Pemilihan Presiden Majlis Belia Negeri dijangka berlangsung 19 April ini.
Sehubungan itu, Alif Anas menyeru seluruh pertubuhan belia di Pulau Pinang untuk bersama-sama mendukung agenda transformasi belia negeri selaras dengan visi dan misi Penang 2030
Untuk rekod, beliau juga pernah berkhidmat sebagai Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia Malaysia bagi dua penggal, iaitu dari 2012 hingga 2015 dan 2020 hingga 2022.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami