KUALA LUMPUR:Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang meneliti sama ada jangkitan COVID-19 melibatkan seorang artis tanah air berlaku semasa persembahan atau di luar lokasi persembahan.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagaimanapun berkata, besar kemungkinan artis berkenaan dijangkiti di luar persembahan yang dihadirinya.
"Mengenai seorang artis difahamkan positif semalam, KKM sedang teliti sama ada positif itu berlaku semasa dia buat persembahan atau berlaku di luar.
"Maknanya dia dalam kawasan PKPB, KKM akan nilai jangkitan di dalam atau luar, namun besar kemungkinan jangkitan di luar dan bukan dalam persembahan," katanya dalam sidang media mengenai PKPB di sini pada Isnin.
BACA: Ibu, ayah Alif Satar juga disahkan positif COVID-19 - Pengurus
Tambahnya, dari segi penangguhan persembahan hiburan sebagainya, perkara itu akan dibincangkan dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia.
"Ini kerana hiburan ini di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia dan ia akan dibawa ke kementerian itu sama ada untuk ditimbang untuk ditangguh," ujarnya lagi.
Pada Isnin, selepas artis terkenal, Alif Satar disahkan positif COVID-19, ibu dan ayah penyanyi berkenaan juga disahkan dijangkiti pandemik berkenaan.
Mengesahkan perkara itu, pengurus Alif, Adlina berkata, selain ibu dan ayah penghibur berkenaan, adiknya juga didapati positif wabak yang sama.
Rahimah Abdullah
Mon Nov 23 2020

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagaimanapun berkata, besar kemungkinan artis berkenaan dijangkiti di luar persembahan yang dihadirinya.

COVID-19 | Perniagaan zon merah dihadkan hingga 10 malam
Sementara itu Abang Johari juga memutuskan masa operasi bagi perniagaan di zon merah kembali dihadkan sehingga jam 10 malam sahaja mulai hari ini untuk tempoh dua minggu. Katanya, penting untuk mengambil strategi yang seimbang bagi memastikan kesihatan awam dan ekonomi rakyat terjaga.

COVID-19 | Kerajaan belum putuskan tentang dos ketiga vaksin
Belum ada sebarang data mengenai keperluan mengambil dos ketiga vaksin seperti dinyatakan Ketua Pegawai Eksekutif Pfizer. Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menjelaskan, buat masa ini kerajaan belum memutuskan tentang dos ketiga namun akan membuat perancangan jangka panjang mengenainya.

Darurat tidak beri kesan kepada ekonomi - Penganalisis
Prof Madya Mohd Yusof Saari menegaskan, ekonomi negara terkesan kerana pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bukan kerana darurat.

COVID-19 | Jangkitan meningkat 45 peratus
Kes COVID-19 dikesan meningkat sehingga 45 peratus pada minggu ini, berbanding minggu ke-14 tahun ini dengan purata kes pada minggu ke-15 sebanyak 1,963 kes. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata, peningkatan kes COVID-19 dikesan berlaku sejak tiga minggu lalu, iaitu bermula pada minggu ke-12 tahun ini.

COVID-19 | Program imunisasi fasa kedua bermula di Sabah
Seramai 268 ribu warga emas disasar terlibat dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan fasa 2 di Sabah. Fasa berkenaan akan melibatkan golongan warga emas, Orang Kurang Upaya (OKU) dan mereka mempunyai penyakit kronik.

COVID-19 | Sekolah di zon merah Sarawak ditutup dua minggu
Semua sekolah yang terletak di zon merah COVID-19 di Sarawak ditutup selama 14 hari bermula esok. Perkara itu diumumkan Ketua Menterinya Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dalam sidang media khas Penguatkuasaan SOP COVID-19 di Wisma Bapa Malaysia, Kuching.

Microsoft | Pusat data serantau dijangka wujudkan 19,000 pekerjaan
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata di bawah inisiatif Bersama Malaysia, pelaburan sebanyak RM4 bilion akan meliputi penubuhan pusat data serantau pertama di negara ini bagi menguruskan data daripada pelbagai negara.

Tuduh Bunuh Isteri | Tukang masak dihadapkan ke mahkamah
Lelaki yang didakwa menolak isterinya dari sebuah kondominium, di Ayer Itam, George Town minggu lalu dihadapkan ke Mahkamah Majistret Pulau Pinang atas tuduhan membunuh.

COVID-19: 159 pelajar lima sekolah di Johor Bahru diarah jalani saringan
Seramai 159 pelajar daripada lima sekolah di sekitar daerah ini telah diarah untuk menjalani saringan COVID-19 di Pusat Penilaian COVID-19 di Pasir Gudang dan Bukit Indah, semalam.

AWANI Ringkas: 372,859 kes komulatif dilaporkan pada 17 April | Semua sekolah zon merah di Sarawak ditutup
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Tarik diri sebagai pengacara Anugerah MeleTOP Era, ini penjelasan Alif Satar
Penarikan diri itu dibuat Alif selepas memikirkan dia perlu memberi tumpuan yang lebih kepada kesihatannya selepas pulih daripada jangkitan pandemik COVID-19.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita tempatan yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Alif Satar sudah sembuh, kini kembali ke pangkuan keluarga
Selepas 12 hari rawat di Hospital Melaka akibat COVID-19, Alif Satar sudah sembuh dan dibenarkan pulang.

COVID-19: "Alhamdulillah, keadaan saya semakin baik" - Alif Satar
Kata Alif, deria rasa dan bau juga sudah 80 peratus kembali pulih selain tidak lagi berhadapan dengan masalah hidung tersumbat.

Datuk kepada Alif Satar berusia 91 tahun sembuh dari COVID-19
Alif, 30, menyatakan rasa syukur dengan berkongsi foto datuknya yang dipanggil Pak Wan sedang menaiki kereta untuk dihantar pulang ke rumah.

'Tolong buang sampah, hantar makanan' - Alif Satar terharu jiran murah hati
Alif Satar terharu atas sifat pemurah jiran tetangga yang menawarkan bantuan dalam meringankan beban ketika dirinya sedang dikuarantin.

Alif Satar terharu Dr Zulkifli bertanya khabar tentang kesihatannya
Alif turut berterima kasih atas keprihatinan Dr Zulkifli yang mendoakan kesihatannya menerusi applikasi panggilan video FaceTime.

'Allah SWT makbulkan doa kalian semua' - Alif Satar umum isteri, anak negatif COVID-19
Alhamdulillah, semoga Alif dan keluarga cepat sembuh daripada wabak COVID-19

Sherry Alhadad negatif ujian saringan pertama COVID-19
Sherry Alhad mengesahkan dirinya negatif COVID-19 hasil keputusan ujian saringan pertama yang dilakukan semalam.

Alif Satar positif COVID-19: Kemungkinan jangkitan di luar lokasi persembahan - Ismail Sabri
KKM sedang meneliti sama ada jangkitan COVID-19 melibatkan seorang artis tanah air berlaku semasa persembahan atau di luar lokasi persembahan.