Aliran trafik di beberapa lokasi arah Selatan mula sesak

Sinar Harian
Mei 1, 2022 02:57 MYT
Beberapa lokasi di laluan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah Selatan mulai sesak setakat jam 10.06 pagi Ahad. -Foto LLM
BEBERAPA lokasi di laluan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah Selatan mulai sesak setakat jam 10.06 pagi Ahad, berikutan pertambahan kenderaan yang ingin pulang ke kampung halaman menjelang sambutan Aidilfitri.
Tinjauan di Twitter Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan Plus Trafik mendapati, kesesakan trafik berlaku sejauh 3.5 kilometer (KM) untuk laluan arah Selatan dari Port Dickson ke Pedas Linggi.
Trafik arah Selatan dari Senawang ke Pedas Linggi juga merekodkan kesesakan sepanjang tiga kilometer manakala kesesakan aliran trafik dari Putra Mahkota ke Bandar Ainsdale dilaporkan meningkat kepada sejauh 11km.

10.12amPLUS@E2 : Trafik perlahan di lokasi; Arah Selatan 9.8 km dari Putra Mahkota ke RnR Seremban 12 km dari Seremban ke RnR Senawang Arah Utara 5.5 km Skudai ke Kulai. Hati-hati memandu. pic.twitter.com/xzzpHlVl5j

— LLM Trafik (@LLMinfotrafik) May 1, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

10.53amPLUS@E2 : Trafik perlahan; Arah Selatan Putra Mahkota ke RnR Seremban Seremban ke RnR Senawang Arah Utara Skudai ke Kulai Ayer Hitam ke Yong Peng pic.twitter.com/r1set6UxOb

— LLM Trafik (@LLMinfotrafik) May 1, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Untuk laluan arah Timur, kesesakan di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) terus meningkat kepada sejauh 33km bermula dari Greenwood di Lebuh Raya Duta-Ulu Kelang (DUKE) dan Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) di Taman Melati hingga ke Plaza Tol Gombak serta seterusnya ke Bukit Tinggi.

11.00amKL-KARAK@E8 : Trafik sesak; Arah Timur 34.6 km dari lebuhraya DUKE (Greenwood) & MRR2 (Taman Melati) ke Plaza Tol Gombak terus ke Lentang. Bersabar, pandu cermat & berhati-hati. pic.twitter.com/lBxCqtSEpm

— LLM Trafik (@LLMinfotrafik) May 1, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sementara itu, kesesakan sepanjang 31km juga direkodkan di laluan arah Utara dari Slim River ke Bidor.
Aliran trafik arah Utara dari Bidor ke Tapah juga direkodkan mengalami kesesakan sejauh tujuh kilometer.

10.44amPLUS@E1 : Trafik perlahan di lokasi; Arah Utara Hospital Sg.Buloh ke Tg.Malim Behrang ke RnR Tapah Tapah ke Gopeng Ipoh Selatan ke Terowong Menora Selepas Terowong Menora ke Sg.Perak Bandar Baharu ke Jawi. pic.twitter.com/IPPA1c3qNI

— LLM Trafik (@LLMinfotrafik) May 1, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1-800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/LLMinfotrafik
*Berita asal di Sinar Harian
#Aidilfitri #Lebuhraya Utara Selatan #kesesakan lalu lintas #trafik sesak