Aliran trafik di lebuh raya sesak, pengguna terperangkap 20km akibat nahas

Sinar Harian
Oktober 15, 2021 20:30 MYT
Keadaan sesak dari Juru menuju ke Perai. -Twitter Plus Trafik
GEORGE TOWN: Aliran trafik di Lebuhraya Utara Selatan (Plus) di negeri ini dilaporkan sesak dengan pertambahan jumlah kenderaan selain beberapa kemalangan yang dilaporkan berlaku pada malam Jumaat.
Menurut maklumat dikongsikan Twitter Plus Trafik kemalangan di kilometer (km) 117.6 arah utara dari Bertam ke Sungai Petani telah menyebabkan kesesakan luar biasa di laluan berkenaan sejak jam 7.30 malam.

21:53hrs Status terkini lorong kanan masih ditutup bagi kerja pengalihan. Trafik sesak 20Km. @LLMinfotrafik https://t.co/Lw8a251xus

— plusline1800880000 (@plustrafik) October 15, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Kesesakan lebih 20km itu telah berjaya diatasi kira-kira jam 10.30 malam tadi selepas kemalangan yang melibatkan beberapa kenderaan telah berjaya dialihkan.
Kesesakan luar biasa juga berlaku di Juru menuju ke Perai dan Perai menuju ke Seberang Jaya akibat peningkatan jumlah kenderaan bermula jam 6 petang tadi.
Trafik juga dilaporkan perlahan dari pulau ke bahagian Perai juga disebabkan kenderaan banyak.
Sebelum ini, media melaporkan lebih 50,000 orang pelancong dijangkan memenuhi lokasi tumpuan pelancongan di Pulau Pinang pada hujung minggu ini selepas kebenaran merentas negeri diberikan kerajaan bermula Isnin.
Exco Pelancongan dan Ekonomi Kreatif, Yeoh Soon Hin berkata Pulau Pinang yang selama ini terkenal dengan pelbagai tarikan dan keunikan akan kembali meriah dengan kehadiran orang ramai yang rindu untuk bercuti di sini.
*Berita asal di Sinar Harian
#Lebuhraya Utara Selatan #nahas jalan raya #rentas negeri #terperangkap 20km