Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama seluruh negara dilaporkan berjalan lancar setakat 9 pagi, walaupun jumlah kenderaan bertambah berikutan cuti panjang iaitu Hari Krismas serta cuti hujung minggu.
Jurucakap Pusat Kawalan Trafik Lebuhraya Plus Expressways Sdn Bhd berkata tiada kesesakan lalu lintas dilaporkan di sepanjang lebuh raya menuju ke ke arah Utara dan Selatan.
"Setakat ini keadaan trafik di semua laluan bergerak lancar dan tiada sebarang kesesakan dilaporkan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.
Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata aliran trafik di Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1), Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) dan Lebuhraya KL-Karak (KLK) juga dilaporkan lancar dan terkawal.
"Tiada sebarang kemalangan dilaporkan pagi ini," katanya.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik.
Bernama
Fri Dec 25 2015
Kenderaan awam dilihat bergerak lancar dari Plaza Tol Gombak menghala ke Pantai Timur di Lebuhraya Karak
Kertas kabinet wujud sektor sukan dibentang dalam tempoh sebulan - Hannah
Hannah berkata dengan data yang lebih menyeluruh melibatkan sektor industri sukan nanti, pihaknya akan mampu merangsang pertumbuhan sukan di negara ini dengan lebih baik.
Tiga Syarikat Semikonduktor umum melabur di Pulau Pinang - Kon Yeow
Tiga syarikat semikonduktor dari China menyatakan komitmen untuk membuat pelaburan baharu di Pulau Pinang.
Pindaan garis panduan lawatan: Sekolah diharap susun semula program - Fadhlina
Semua sekolah diharap dapat menyusun semula program lawatan masing-masing berikutan pindaan Garis Panduan Lawatan Murid Sekolah pada tahun lepas bagi mengukuhkan pembelajaran di luar kelas, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
Kebajikan pendidikan anak-anak dijaga sehingga tamat sekolah - KPM
Kementerian Pendidikan Malaysia akan memastikan kebajikan pendidikan anak-anak 10 pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia yang terkorban dalam nahas helikopter di Lumut, Perak, terus dijaga sehingga mereka tamat persekolahan.
Zahid minta pihak dalam BN buka "buku baharu"
Ahmad Zahid menegaskan senario politik tanah air sudah berubah dan terdapat banyak video lama dari parti lawan yang meminta pengundi menyokong DAP.
Malaysia kongsi pengalaman dalam usaha berterusan mempertahan Palestin
Delegasi negara akan berkongsikan peranan Malaysia dalam usaha berterusan mempertahankan nasib Palestin dalam Persidangan Liga Parlimen Al-Quds kelima yang berlangsung di Istanbul, Turki pada Sabtu.
Universiti Malaya mohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia
Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik, Universiti Malaya memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia berhubung kenytaaan tidak bertanggungjawab Profesor Dr Bruce Gilley pada 24 April lalu.
Genting Malaysia nafi terbabit perbincangan
Selepas Berjaya Corporation Bhd dan Kerajaan Negeri Johor, kini Genting Malaysia Bhd pula menafikan sebarang penglibatan dalam perbincangan mengenai pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 27 April 2024.
Lima cedera dalam tembakan di luar kelab malam di Washington
Lima cedera dalam insiden tembakan di luar sebuah kelab malam di Washington, Amerika Syarikat pada lewat Jumaat.
Pasukan Bencana Istana Negara teruskan misi bantuan banjir di Karak, Pahang
Pasukan Bencana Istana Negara hari ini meneruskan misi bantuan kepada mangsa banjir dengan melakukan kerja-kerja pembersihan rumah dan kawasan persekitaran di Taman Wijaya, Karak, Pahang.
Mangsa banjir di Karak dan Bentong masih trauma
Walaupun sudah seminggu banjir surut, rumah mereka masih berlumpur tebal dan ramai yang mengeluh terpaksa hidup tanpa kemudahan asas.
Dua maut Nissan Fairlady terbabas sebelum terbakar
Mangsa yang merupakan dua lelaki tempatan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian kira-kira jam 1.20 pagi.
Ingkar arahan polis, pemandu lori nekad rempuh Plaza Tol Bentong
Kejadian berlaku pada jam 2.25 petang dan pemandu berkenaan telah ditahan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam.
JAS sedia bantu JKR kenal pasti punca tanah runtuh di Lebuhraya KL-Karak
Jabatan Alam Sekitar (JAS) mempunyai pakar yang boleh membantu Jabatan Kerja Raya (JKR) mencari punca untuk mengatasi kejadian seumpama itu berulang.
Faktor semulajadi punca banjir lumpur di Lebuhraya KL-Karak - Adnan Yaakob
Adnan turut menegur segelintir pihak termasuk media yang menyebarkan berita dengan mendakwa banjir lumpur berlaku akibat kegiatan pembalakan tidak terkawal di kawasan Bukit Tinggi dan Janda Baik.
Kejadian tanah runtuh di Karak dari 1985 hingga 2015
Berikut kejadian tanah runtuh yang dilaporkan berlaku di Lebuhraya Karak sejak 1985 hingga 2015.