awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ajaran sesat: Kerajaan tidak ambil ringan, dapatkan laporan dari negeri - Marhamah
Anwar tegas pembinaan kuil mesti ikut peraturan, sama seperti masjid dan gereja
PRN Johor: PH mula bincang pembahagian kerusi - Nie Ching
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aliran trafik di lebuh raya utama menuju Lembah Klang terkawal pagi ini

Bernama
Bernama
03/11/2024
03:15 MYT
Aliran trafik di lebuh raya utama menuju Lembah Klang terkawal pagi ini
Pihak PLUS telah mengaktifkan tujuh laluan lorong pintar (smart lane) mulai 9 pagi tadi sehingga 10 malam bagi memudahkan perjalanan pulang warga kota. - Gambar hiasan/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Aliran trafik di lebuh raya utama menghala ke Lembah Klang terkawal pagi ini, namun jumlah kenderaan dijangka meningkat menjelang tengah hari, susulan warga kota pulang ke ibu negara selepas cuti perayaan Deepavali Khamis lepas.
Menurut jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), setakat 10 pagi, tiada kesesakan luar biasa dilaporkan dengan hanya satu lokasi sesak sepanjang tiga kilometer di arah Senawang ke Port Dickson di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) akibat kemalangan di km 256.6.
Jurucakap berkenaan berkata pihak PLUS telah mengaktifkan tujuh laluan lorong pintar (smart lane) mulai 9 pagi tadi sehingga 10 malam bagi memudahkan perjalanan pulang warga kota.
"Laluan terbabit antaranya di Putra Mahkota ke Southville City, Rawang ke Sungai Buaya melibatkan kedua-dua arah, Sungkai ke Slim River juga kedua-dua arah dan Senai ke Kulai," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol PLUSLine 1-800-88-0000 dan laman X @plustrafik atau talian LLM 1-800-88-7752 serta laman X @llmtrafik.
Sementara itu, keadaan trafik di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dan Lebuhraya Pantai Timur juga dilaporkan terkawal.
"Kenderaan dijangka bertambah di semua lebuh raya utama menjelang tengah hari nanti," tambahnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#aliran trafik
#Lembah Klang
#Deepavali
#cuti perayaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan