[TERKINI] Ketegangan Memuncak: Iran Lancar 9 Serangan ke Atas Israel dalam 24 Jam. Ikuti laporan terkini di sini.
NATIONAL

Aliran trafik di Lebuhraya KL-Seremban sesak susulan kemalangan lori dan empat kenderaan

Bernama 25/09/2019 | 02:37 MYT
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam insiden di Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban pagi ini. - Foto Twitter LLM
Aliran trafik di Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban menghala ibu negara sesak lebih lima kilometer susulan kemalangan sebuah lori dan empat buah kereta hari ini.
Kemalangan kira-kira 6.00 pagi itu dipercayai berlaku apabila lori yang membawa muatan air mineral dipercayai terbabas dan masuk ke laluan bertentangan sebelum merempuh empat kenderaan.
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam insiden ini.
Foto Twitter LLM
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pemandu lori, V.Ramesh, 32, berkata kemalangan itu berlaku apabila lori dipandunya terbabas selepas salah satu tayar pecah.
"Saya dan kelindan dalam perjalanan ke Seremban dan tiba-tiba tayar pecah.... memang tidak dapat kawal lori.
"Saya telah brek beberapa kali tapi gagal memberhentikan lori menyebabkan kenderaan itu masuk ke laluan bertentangan," katanya kepada Bernama di lokasi kejadian.
Tinjauan di lokasi kejadian mendapati kerja-kerja mengalihkan kenderaan yang terbabit kemalangan masih dijalankan.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
-- BERNAMA
#air mineral #empat kereta #kemalangan #kemalangan jiwa #Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban #Lori #sesak #terbabas #trafik