Aliran trafik lancar di lebuh raya utama pagi ini

Bernama
April 24, 2023 02:00 MYT
LLM menjangkakan bilangan kenderaan akan bertambah menjelang tengah hari berikutan cuti umum sempena perayaan Aidilfitri berakhir hari ini. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Aliran trafik di lebuh raya utama keseluruhannya masih lancar setakat 9 pagi ini pada hari ketiga sambutan Aidilfitri.
Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) ketika dihubungi berkata pihaknya menjangkakan bilangan kenderaan akan bertambah menjelang tengah hari berikutan cuti umum sempena perayaan Aidilfitri berakhir hari ini.
LLM memaklumkan setakat ini hanya ada satu kemalangan melibatkan kereta terbabas di kilometer (KM) 291.3 arah selatan dari Simpang Pulai ke Gopeng, namun tiada lorong terhalang dan aliran trafik terkawal.
Sementara itu, PLUS menerusi ciapan di akaun Twitter turut memaklumkan terdapat lori rosak di KM79.5 arah selatan dari Pendang ke Gurun yang menyebabkan lorong kiri ditutup, bagaimanapun keadaan trafik lancar.

8:52hrs Awas! Lori rosak Km 79.5 arah Selatan dari Pendang ke Gurun. Lorong kiri ditutup. Trafik lancar. Harap maklum. @llmtrafik

— plusline1800880000 (@plustrafik) April 24, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline 1800-88-0000 dan laman Twitter www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik.
-- BERNAMA
#aliran trafik #lebuh raya #lancar #Aidilfitri