[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
NATIONAL

Aliran trafik lancar, kenderaan dijangka meningkat tengah hari

Bernama 28/06/2017 | 04:01 MYT
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000
Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan masih lancar dan terkawal setakat pukul 9 pagi ini.
Bagaimanapun, jurucakap Pusat Kawalan Trafik Projek Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) (he) berkata aliran trafik dijangka bergerak perlahan menjelang tengah hari susulan pertambahan bilangan kenderaan menghala ke ibu kota.
"Aliran trafik dari arah utara serta selatan masih lagi lancar dan terkawal," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (he) berkata aliran trafik di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1dan 2 juga masih lancar.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik.
-- BERNAMA
#aliran trafik #PLUS #usat Kawalan Trafik Projek Lebuhraya Utara-Selatan